Ada sebuah cerita yg agak sedih...
KISAH TENTANG SEORANG ANAK DAN BAPA
Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak pernah bersekolah.
Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah: Bodohnya kamu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya.
persoalan si cupid : sebenarnya la kn agak2 korunk.. sape yg bodoh..?? ekekekekkee.. hrap brsbar dgan kisah sedih nie.. redha jew la...(hak3..!!!) ^_6
+*+* Muhasabah Diriku *+*+
Monday, December 29, 2008
+*+* Kisah Yang Sangat Sedih *+*+
Posted by ღ cikGu aiRa ღ at 7:30:00 AM 0 comments
+*+* PaRut LuKa YanG PediH *+*+
Aku hanya insan biasa
Yang tak pernah lepas dari dugaan
Apa pun aku tetap bersyukur kerana apa
Yang terjadi mungkin ada hikmahnya.
Semoga suatu hari nanti akan ada insan yang lebih menyayangi diriku
Semoga kebahagiaan akan menjadi milik ku jua
Dan semoga Allah merestui perjalanan ini.
Apa yang terjadi telah mendewasakanku
Bersama dengan luka semalam aku kembali berdiri
Melangkah dengan harapan yang baru
Luka ini mengajarku erti kehidupan
Luka ini menjadikan aku seorang insan yang tabah dalam mengharungi cubaan dan dugaan
Luka ini juga menjadikan aku supaya jangan mudah terpedaya
Dengan pujuk rayu janji manis seorang insan yang bernama lelaki
Terima kasih untuk segalanya
Walauapapun aku di sini sentiasa mendoakanmu
Semoga kau berbahagia selalu
Dan semoga kau temui seorang insan yang lebih baik dari diriku
Jangan kau risau akan diriku
Pandailah aku merawat luka sendiri
Hanya satu pintaku padamu
Jikalau bahagia tidak dapat kau miliki, jangan kau mencari aku lagi
Walau aku tahu kau tetap akan aku terima
Biarlah aku dengan hidupku dan kau dengan hidupmu
Kerana ini yang kau inginkan
Jadi biarlah semua ini berlalu dengan begitu sahaja
Dan jangan di harapkan ada lagi ada lagi pertemuan selapas ini
Cukup sudah sampai di sini.
Aku tak ingin di kecewakan lagi.
pesan si cupid : hati adalah stu amanah dr Allah yg sgt2 memerlukan penjagaan yg ckup baik dn lembut.. kerana dlm hatilah segala perasaan akn bersarag dn membina "penempatan tetap".. jga lah hati sebaik mungkin kerana sekali hati dilukai msa yg d perlukan untk mngubatinya sgt2 lama dn panjag..^_*
Posted by ღ cikGu aiRa ღ at 6:56:00 AM 0 comments
Tuesday, December 23, 2008
+*+* Mencintai Dan Dicintai *+*+
Kebahagiaan bukanlah sesuatu yang mudah kita kecapi, apatah lagi sekiranya kita mengimpikan kebahagiaan yang sejati sepanjang hidup. Ianya amat sukar, namun bukan bererti tiada langsung peluang untuk kita gapai…
Apabila kita bertemu dengan insan yang benar-benar kita sayangi dan kita mengharapkan seribu kebahagiaan yang mungkin kita perolehi daripadanya, mungkin suatu hari nanti dia akan berpaling dan mengecewakan hati kita. Namun, apabila kita dianugerahkan dengan kehadiran seorang insan yang benar-benar menyayangi dan luhur kasihnya pada kita…apa mungkinkah kita juga akan kasih dan sayang akan dirinya?? Bagaimanakah pula nanti sekiranya kita mengecewakannya?
Mahu tidak mahu, kita terpaksa akur, akan lumrah alam percintaan. Pilihan terletak ditangan kita sendiri. Tanyalah pada sang hati, jangan pula ditanya sang selera atau sang nafsu, kerana keduanya hanya memberi janji palsu kepada kamu kelak.
Tentukanlah pilihan yang kamu pasti bisa jalaninya…Bak kata pepatah, "Kalau tidak sanggup dilanda ombak, jangan sesekali berumah di tepi pantai". Ertinya, andainya anda tidak sanggup menghadapi cabaran jangan sesekali berani mengambil risiko.
Keinginan dan apa jua permintaan kita pasti dituruti apabila kita memilih untuk disayangi oleh seseorang. Setiap masa dan ketika, hanya akan ada bayangan kita di dalam benak si pencinta So? Anda mahukan layanan sebegitu? Kalau sudah terdetik kata dihati, "bagus juga disayangi macam ni…" , teruskanlah dengan pilihan yang ini… Namun, andai kata hati berkata "Boleh ke aku hidup dengan dia??" Maka hentikanlah daripada terus menerima pilihan untuk disayangi Khuatir nanti, suatu ketika kita akan mengecewakan hati si pencinta pula…
Andai terdetik dihati untuk mencintai seseorang yang belum pasti menyayangi kamu sepenuhnya dan belum tentu lagi kamu akan tersenarai dalam "list" pilihan hidupnya, bersiap sedialah teman-teman!!! Hahaha…
Akan ada beribu rintangan di hadapan kamu nanti yang sedia menanti . Namun, andainya kamu jenis yang berani mati demi mempertahankan cinta, teruskanlah dengan pilihan kamu. Teruskanlah dengan pengorbananmu itu dan rebutlah cinta yang kamu impikan. InsyaAllah , ada cahaya yang menanti dihujung perjalanan kamu kelak...
Tiada siapa yang berhak menetapkan pilihan hati kamu, semuanya berbalik kepada diri kamu sendiri…namun, sedikit tips daripada saya dan inilah juga yang saya pegang setiap kali terjerat dengan cinta...
"Ikhlaslah bila menerima cinta seseorang yang benar-benar cintakan kita, dan janganlah pula berlebihan mencintai seseorang yang kita belum pasti cintanya untuk kita, dan jangan melebihi cintakan yang lain daripada cinta kita pada yang Maha Esa dan diri kita sendiri"…
pesan si cupid : cinta akan datang dengan sendirinya.. cuma terserah pada kita untuk menilai cinta itu bagaimana.. dan pupuklah cinta dgn penuh perasaan agar cinta akan terus wujud dalam hati kita.. cintailah seseorang yang benar-benar mencintai kita dan berilah hati kita kepada seseorang yang telah memberikan nyawanya kepada kita... insyaAllah kebahagiaan akan tetap menjadi milik kita selamanya.. ^_^
Posted by ღ cikGu aiRa ღ at 11:28:00 PM 0 comments
Monday, December 22, 2008
+*+* Khas Buat Insan Yang Bukan Lagi Milikku *+*+
Sayang
Adakah aku masih dihatimu
Aku di sini tertanya-tanya adakah aku masih di hatimu
Kau menyepikan diri tanpa aku mengetahui sebabnya
Kau membuatku seolah-olah tiada perasaan.
Sayang
Ketahuilah olehmu aku di sini masih seperti yang dulu.
Aku di sini kesepian
Tiada lagi suaramu, tiada lagi gurau sendamu yang dulu
Menemani hari-hariku
Sayang
Aku di sini sentiasa merindui dirimu
Merindui gelak tawamu dan senyum manismu yang dulu selalu kau berikan padaku
Kini tiada lagi semua itu dalam hidupku,
Kau menyepikan diri
Aku disini merindui kenangan yang telah kita bina
Aku akan jadikan kenangan itu penawar rindu ini.
Bila rindu ku sebut namamu
Ku mengharapkan kehadiranmu di sini
Setiap hari ku menunggu mu di sini
Izikan selamanya namamu di hatiku
Coretan khas buat Mohd Azwan Affandi Samat
(u r the precious things i've ever had in my life.. thank you Allah for giving me chance to hev such a wonderful person and someone like him in my life..)
"...semoga kau berbahagia selalu wahai sayangku... sumpah sampai mati pun belum tentu aku akan dapat melupakanmu... aku selalu mendoakan kejayaan dirimu... moga kau bertemu dengan seseorang yang dapat memberi kau kasih sayang yang tak mampu aku berikan..." ^_^
Posted by ღ cikGu aiRa ღ at 6:48:00 AM 0 comments
Sunday, December 21, 2008
+*+* MaSa *+*+
PeRnaH DenGaR Tak AtaU pErNAh BacA Tak..........
--->> Dalam sesaat kita mungkin boleh mengenali seseorang...
--->> Dalam seminit kita mungkin boleh menyukai seseorang...
--->>Dalam sejam kita mungkin boleh menyayangi seseorang...
--->> Dalam sehari kita mungkin boleh mencintai seseorang...
--->> Dalam sebulan juga kita mungkin boleh membenci seseorang...
--->> Tetapi kita mungkin memerlukan masa hampir seumur hidup untuk melupakan seseorang...
Posted by ღ cikGu aiRa ღ at 10:01:00 AM 2 comments
+*+* Hati Dan Perasaan *+*+
Bercinta itu suatu hal yang mengesankan dan harus dipertahankan jika memang kamu sudah sepadan. Seperti kata-kata berikut: 'cinta tak pernah akan begitu indah, jika tanpa persahabatan' , yang satu selalu menjadi penyebab yang lain dan prosesnya adalah sesuatu yang tak mampu kamu ubah.
Seorang pencinta yang terbaik adalah sahabat yang terhebat. Jika kamu mencintai seseorang, jangan berharap bahawa dia itu akan mencintai kamu seperti sebaliknya dalam tahap yang sama. Salah seorang di antara kamu akan memberikan lebih, yang seorang akan merasa kurang. Begitu juga dalam cinta: kamu yang mencari, dan yang lain akan menanti.
Jangan pernah takut untuk jatuh cinta. Cinta mungkin akan begitu menyakitkan, dan mungkin akan menyebabkan kamu sakit dan menderita. Tapi jika kamu tidak mengikuti kata hati, pada akhirnya kamu akan menangis, jauh lebih pedih... kerana saat itu menyedari bahawa kamu tidak pernah memberi. Cinta itu sebuah jalan, yang melorongkan ke arah kebahagian, tetapi mungkin juga menghumban ke lembah penderitaan jika tersilap langkah.
Cinta bukan sekadar perasaan, tapi sebuah komitmen. Perasaan boleh datang dan pergi begitu saja, tetapi komitmen membuat kamu 'mempertahankan' .
Cinta tak harus berakhir bahagia, kerana cinta tidak harus BERAKHIR!
Cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan, sebab cinta tidak datang dari bibir dan lidah atau fikiran, melainkan dari HATI.
Ketika kamu mencintai, jangan mengharapkan apapun sebagai balasan , kerana jika kamu demikian, kamu bukan mencintai, melainkan 'pelaburan'.
Jika kamu mencintai, kamu harus bersedia untuk menerima penderitaan. Kerana jika kamu mengharap kebahagiaan, kamu bukan mencintai, melainkan memanfaatkan.
Lebih baik kehilangan harga diri dan egomu bersama seseorang yang kamu cintai daripada kehilangan seseorang yang kamu cintai kerana egomu yang tak berguna itu!
Cinta mungkin akan meninggalkan hati kamu bagaikan kepingan-kepingan kaca, tapi sematkan di dalam fikiran kamu, bahawa ada seseorang yang akan bersedia untuk membalut luka kamu, mengumpul kembali dan mencantum 'pecahan-pecahan kaca' itu sehingga kamu akan menjadi 'kuat' kembali.
pesan si cupid : insyaallah jika kita tahu menghargai hati dan perasaan orang yg syg pd kita nescaya hati dan perasaan kita juga akn ada yg menghargainya.. renung2 kanlah.. ^_^
Posted by ღ cikGu aiRa ღ at 2:21:00 AM 0 comments
+*+* Cara Menjaga Hubungan Percintaan *+*+
Jangan sesekali memarahinya dihadapan orang ramai atau didepan kawan-kawan anda, kerana ini memperlihatkan tahap perhubungan anda dengan si dia.
Jangan diulangi mengutuk si dia di belakangnya bersama kawan atau ahli keluarga anda, ini boleh menyebabkan dia berkecil hati atau terus menjadi marah apabila mengetahuinya.
Jangan ragu-ragu bertanyakan teman anda sekiranya anda tidak pasti perbuatan anda buat itu melukakan hati si dia, seperti menjadi teman kepada kawan anda untuk pergi berjumpa dengan teman barunya, sekiranya si dia terlebih dulu tahu sebelum anda memberitahunya, tahap kepercayaan si dia kepada anda akan menjunam turun.
Jangan sesekali menyatakan kriteria teman impian anda yang tidak sama dengan perwatakan atau perilaku si dia, kerana ini akan menyebabkan dirinya merasa seperti tiada gading, tanduk pun boleh lah.
Jangan buat walau sekalipun, mengutuk ibubapanya kerana impaknya terlalu kuat sehingga anda boleh ditinggalkannya.
Jangan diamalkan berbohong orang lain dihadapannya kerana ia boleh menimbulkan rasa curiga si dia terhadap anda.
Akhir sekali terima lah si dia seadanya dia, dan layan lah si dia seadanya anda. Dan pasangan paling memahami dan menyayangi adalah kunci kebahagian.
pesan si cupid : apa sahaja dugaan yg datang dlam percintaan kita jgnlah mudah patah semangat dn ingatlah bahawa setiap dugaan yg menimpa ada hikmah yg sedang menanti..
Posted by ღ cikGu aiRa ღ at 12:07:00 AM 0 comments













