BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

+*+* ღ Anda Adalah Sahabat Yang Ke - ღ *+*+

+*+* salam ukhwah fillah *+*+


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"......Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... Terciptanya blog ini hanya sekadar untuk berkongsi perkara yang telah lama tersirat dihati selain daripada untuk terus menambah ilmu pengetahuan tentang Islam. Selain itu, blog ini juga adalah tempat untuk saya melepaskan segala ketekanan setelah seharian menghadap buku - buku ilmiah. Di samping itu, blog ini juga adalah sebagai tempat untuk saya meluaskan lagi ilmu pengetahuan saya juga serta untuk saya memanjangkan silaturrahim ukhwah bersama - sama dengan ukhti - ukhti dan akhi - akhi semua. Kepada yang sudi melawatai blog saya yang tidak seberapa ini syukran jazilan saya ucapkan dan bagi mereka yang menjadi sahabat saya, syukran jiddan2 sy hulurkan dan semoga ukhwah persahabatan kita akan terus dirahmati oleh NYA. Ukhwah Fillah Abadan Abada. Jangan segan - segan untuk terus menegur saya andai kekhilafan ini jelas terzahir pada penglihatan ukhti atau akhi. Sama - samalah kita saling memperbaiki kesilapan dan kekurangan diri. Sabda Rasulullah S.A.W., "Sampaikanlah Kepada Saudaramu Walau Pun Hanya Satu Ayat"....."

+*+* ღ Renungan Buat Diriku ღ *+*+

+*+* Muhasabah Diriku *+*+

Friday, May 29, 2009

+*+* Apabila Sepasang Mata Menjadi Hadiah *+*+

Ingatkah dikau di dalam lipatan sejarah
Sepasang mata menjadi hadiah

"Kenapa engkau mengikutku?" "Aku tertarik dengan kecantikanmu"

Jawapan yang cukup angkuh Namun mengundang seribu soalan

Bila bungkusan merah diterima di tangan MUSLIMAT, Contohilah wanita itu Bukan dengan mencungkil matamu Tetapi dengan menjaga keperibadianmu WAHAI MUSLIMAT, Aku sering tertanya Bagaimana engkau masih sanggup memaniskan muka Menghadiahkan senyuman Meramahkan bicara Kepada lelaki yang bukan muhrim Apakah engkau ini berani menguji jiwa lelaki Yang sememangnya dicipta Allah Dahaga kepada keindahan wanita Walaupun sekadar muka yang manis Apatah lagi lelaki ini Yang kau tahu cukup ego Menganggap wanita sebagai hidangan Yang boleh dibelek dan dipilih-pilih BENAR, Wanita ini telah menemui ajalnya Namun diiringi keredhaan Tuhan Dan keinsafan seorang lelaki Yang akhirnya menjadi ahli sufi MUSLIMAT,

Beginilah jalanmu Tundukkanlah pandanganmu Keraskanlah suaramu Seriuskanlah perwatakanmu Tampilkan ketegasanmu Bila engkau di depan atau di belakang Atau di kiri atau di kanan lelaki Walau atas apa alasan sekalipun Ketuk keegoan mereka Bangkitkan mereka dari mimpi Jelaskan dengan amalmu Bahawa percampuran bukan caranya Bahawa keseronokan adalah palsu Bahawa di sini tiada kebahagiaan Hanya kehancuran MUSLIMAT, Inilah jalannya. Lalu mungkin engkau akan melihat.

Di kalangan remaja ini, akan lahir Rijaluddin berjiwa pejuang, sebagaimana bangkitnya Dai'e bernama Hassan al-Basri, bila sepasang mata menjadi hadiah.

renung - renungkanlah..... (^.^)

sumber : i luv Islam

+*+* Luahan Cinta Dari Hati Seorang Insan Bernama Lelaki *+*+

 Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa!

 Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul…sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila… takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!

 Saya suka sangat tengok body teman wanita saya… solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa ‘dating’ dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaauuh lebih cantik dan berseri mengadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala… syoknya!

 Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam itu juga. Si dia tanya, ‘Apa ubatnya abang?’. Saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa… semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.

 Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam; “makan, minum, jaga diri, pandu elok-elok…nanti awak sakit saya juga yang susah hati…bla bla bla bla…”. Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuuh… berdosanya saya!

 Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber’dating’ di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya…

 Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami… semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin…


"peringatan ini d hrap dpat menjadi panduan kepada semua pasangan yg sudah sah dalam ikatan perkahwinan mahupun yg dalam perjalanan menuju hari bahagia.. alangkah indah jika semua wanita mendapat seorang insan yg bergelar lelaki seperti lelaki yg d describe d ats.. tetapi kita hanya mampu meminta dn Allah yg menetukannya... setiap dari kita sudah pasangan hidup.. d loh mahfuz segalanya sudah terjwab cuma tertinggal pd kita sahaj sama ada sempat untuk menemuinya atau tidak... pd sy memag mnyakitkan klau berpisah d dunia tp paling membahagiakan jika perpisahan di dunia merupakan pertemuan sejati dn hakiki d akhirat kelak... :) wallahu'allam... "

+*+* Sekian Lama *+*+

assalamualaikum.... ahlan wasahlan wa marhaban bikum...
hurm dh lama sy x update blog... bkn x mahu update tp x brkesempatan... dh la bz dgn study ga sy harus for my final imtihan for sem 2.. hehehehe.. hope sgt2 sy brjaya mndapat rsult yg baik...
hurm.. firstly, syukran jazilan for all those who ziarah my blog... sy hepi sgt2 sbb ada jga yg sudi ziarah blog sy yg x seberapa 2.. n syukran sgt2 jga pd smua yg sudi jd sahabat sy walupun skadar sahabat maya... tp ukhwah prsahabatn tdak d nilai brdasarkan smua itu... dn sy sgt2 syg smua sahabat2 sy.. sy syg kalian smua kerana Allah.. seperti mna jga sy syg kn keluarga sy.... :)
sy ska bca smua blog2 kalian wlaupun kadag2 tdak brkesempatan untk membuka nya.. tp insyaallah jika ade msa terluang walau sedikit pn, insyaallah sy akn ziarah blog2 anda...
sama2 la kita mnjaga ukhwah prsahabatn ini... assalamualaikum ^_^

+*+* Hadiah & Makna Tersembunyi *+*+

Setiap hadiah yang anda beri kepada kawan/kekasih/isteri/suami anda
mempunyai maksud yang tersirat...


JAM TANGAN~ Tanda meningati setiap masa dan waktu.

CINCIN~ Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG~ Tanda mesra

RANTAI LEHER~ Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG~ Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT~ Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN~ Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.

PAYUNG~ Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI~ Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR~ Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU~ Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA~ Tanda perkenalan dan tanda sayang

COKLAT~ Semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN~ Mengabadikan cinta

SEJADAH & AL-QURAN~ Tandanya kekasihnya itu menyayanginya
dunia dan akhirat.

PssssTT..heheeheehe he... Satu lagi.... zaman mellinieum.. ..

 HANDPHONE... tandanya. ... kau jangan lari dari ku!!!!...... aku kan
cari kamu walau dimanapun... melainkan kalau handphone tu ditutup.....


*HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!

MASUK MEMINANG.... ..tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!

Monday, May 11, 2009

+*+* Kisah Abu Bakar r.a Dengan Makanan Tukang Tilik *+*+

Abu Bakar mempunyai seorang hamba yang menyerahkan sebahagian daripada pendapatan hariannya. Pada suatu hari hambanya itu telah membawa makanan lalu dimakannya sedikit oleh Abu Bakar.
Hamba itu berkata: "Kamu selalu bertanya tentang sumber makanan yang aku bawa tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian"

Kata Abu Bakar "Aku terlalu lapar sehingga aku lupa bertanya.Terangkan kepada ku dimana kamu mendapat makanan ini"

Hamba menjawab, "Sebelum aku memeluk Islam aku menjadi tukang tilik. Orang-orang yang aku tilik nasibnya kadang-kadang tidak dapat bayar wang kepada aku. Mereka berjanji akan membayarnya apabila sahaja memperoleh wang. Aku telah berjumpa dengan mereka hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini."

Mendengar kata-kata hambanya Abu Bakar memekik : "Ah!Nyaris-nyaris kau bunuh aku"

Kemudian dia cuba mengeluarkan makanan yang telah ditelannya. Ada orang yang mencadangkan supaya dia mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang ditelannya tadi. Cadangan ini diterima dan dilaksanakannya sehinggalah makanan itu dimuntah keluar.

Kata seorang pemerhati,"Semoga Allah memcucuri rahmat atas mu. Kamu telah bersusah payah kerana makanan yang sedikit"

Kepada kata-kata orang itu telah dijawab oleh Abu Bakar, " Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin kehilangan jiwa aku sendiri. Aku mendengar Nabi berkata : -Badan yang tumbuh subur dengan makanan haram akan merasai api neraka-. Oleh itulah maka aku memaksa makanan itu keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku."

Abu Bakar sangat teliti tentang haram halalnya makanan yang dimakannya.

Semoga menjadi ikhtibar kepada kita, JANGAN CARI SUMBER HARAM DAN JANGAN GUNAKANNYA PADA DIRI SENDIRI MAHUPUN KEPADA ORANG DI SEKELILING, KALAU ADA YANG MENOLAK JANGAN KECIL HATI TETAPI FIKIR.....KENAPA.............DI MANA SILAPNYA..............

Sumber : Kisah para sahabat oleh Sheikhul Hadis Mohammad Zakariyya r.a

+*+* Dosa Yang Lebih Besar Dari Berzina *+*+

Assalamualaikum w.b.t.. stelah membaca cerita ini, sy brpndapat bahawa sesungguhnya Allah itu maha Pengmpun dosa - dosa kita tidak kira kecil atau besar.. MasyaAllah, subhanAllah, sy berasa insaf sgt2 setelah membaca cerita ini.. jesteru kepada mereka2 yg d luar sana, harap cerita dpat menginsafi diri2 anda... amin.. ^_^
Marilah kita sama2 menghayati dn merenungi cerita ini..

+*+*+*+**+*+*+*+**+*+*+*+*++*+*+*+*

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya. " Jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" Desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun secara ketakutan bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Mata Nabi Musa pun berapi-api. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia menangis terangguk-angguk dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu ke manakah kakinya untuk melangkah. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya? " Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?" " Ada !" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa yang kian keliru. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pengajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah (berterusan) .

Wallahu'alam...

Friday, May 8, 2009

+*+* Batu Ynag Terlepas Dari Neraka *+*+

Pada zaman dulu, seorang nabi bertemu seketul batu kecil di tengah jalan. Beliau hairan dan tercengang melihat air mencurah-curah keluar dengan banyak melalui serkahan batu itu. Dengan izin Allah, batu itu boleh berkata-kata. "Semenjak aku dengar Firman Tuhan bahawa bahan bakar neraka ialah manusia dan batu, aku selalu menangis ketakutan!" Nabi itu bermohon supaya batu itu terlepas dari neraka.

Beberapa lama kemudian, nabi itu menjumpai batu itu sekali lagi dalam keadaan menangis seperti dulu. Beliau bertanya batu itu kenapa dia menangis lagi sedangkan dia terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka. "Dulu aku mengangis kerana ketakutan tetapi sekarang aku menangis kerana bersyukur dan gembira!!"


MORAL & IKTIBAR

 Batu adalah juga makhluk Allah yang mempunyai perasaan

 Batu menjadi bahan bakar api neraka selain manusia

 Makhluk jumud boleh berkata jika diizinkan Allah

 Orang yang kasyaf yakni mereka yang dibukakan oleh Allah pintu hijab dapat mendengar dan melihat perkara yang tersirat

 Hati manusia seperti batu yang keras - sukar menerima nasihat dan petunjuk kecuali mereka yang diizinkan

 Hati manusia bisa dilembutkan dengan cara tangisan seperti batu tadi. Menangis kerana takut akan azab Allah dan juga kerana rasa syukur dan gembira akan nikmat kurniaan Allah

 Batu yang tidak mempunyai akal pun takut dibakar dalam neraka, betapa dengan manusia yang diberikan akal

 Manusia yang berhati batu tidak akan mendapat kurniaan dan rahmat Allah

 Ada batu yang terkecuali dari menjadi bahan bakar neraka seperti batu giling Siti Aisyah yang tidak henti-henti menggiling demi untuk menolongnya mengisar tepung.

+*+* Kisah Seekor Kijang Dan Anaknya *+*+

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu disisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya.

Lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w: "Hai Pesuruh Allah,sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya."

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."

Alhamdulillah..marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad. Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara. Semoga kita sama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap Rasulullah S.A.W.

Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (surah Al-Baqarah ayat : 208)

+*+* Khas untuk ibu, ummi, mama, mak, mami *+*+

Assalamualaikum w.b.t.. pertama sekali sy rasa syukur sgt sbb dpat post ag sumthing dalam blog kesyangan sy nie.. hurm... 10 mei 2009... apa ada dgn tarikh tu?? klau nk taw itu la satu - satunya hari semua wanita yang bergelar ibu akan diraikan dgn penuh kasih syg.. tp pd sy, setiap hari adalah hari ibu dn abah kita sbb tnpa dua wajah tua nie sape r kta kn?? btul x?? ^_^.. sy sgt2 syg ibu sy.. tp bkn la brmkna sy x syg abah sy... dua2 mreka nie nyawa sy trmsuk la dgn tga orag lg adk2 sy.. tp sy x taw knapa msh ada lg manusia yg sgup bunuh ibu sndiri, pukul ibu, sepak terajang ibu.. hanya kerana seorang ibu 2 x mampu nk bg apa yg kita mnta? jd kita brhak bt ibu kita mcm 2?? hurm... kita semakin kejam... T_T

ibu adalah seorang wanita yg sgt2 susah untk kita nk cari ganti.. byar segunung emas pn berlian ke, x kn dpat sebijik cm ibu kita skrag..stiap orang pnyai makna trsndiri tentang seorang ibu.. tp nie adalah makna seorang ibu dr kaca mata seorang anak yg sgt2 merindui ibunya..

" ibu, along syg ibu.. along syg sgt kt ibu tp kn bu, along x taw cara nk g taw alongsyg ibu.. sbb along ego.. along slalu lawan ibu, slalu lawan ckp ibu, x dgr ckp ibu, slalu mmberontak dgn ibu.. tp bu, jauh dlam sudut hati along, ibu la nyawa along.. x de sape dpat gnti tmpat ibu.. ibu taw x kdang2 kn along rsa nyesal sgt bla bt ibu nangs.. ibu taw x bila along pikir balik, ibu byk dulu kn along dgn adik2 bru ibu pikir psal diri ibu.. tp kn bu, along x nmpk smua 2.. yg along taw marah je bla apa along nk ibu x bg.. sdang kn 2 bru prtama kali ibu x bg sbb ibu rsa bda yg along nk 2 x de kpentingan.. tiap2 tahun baju along dgn adk2 jga slalu brtukar.. tp ibu tukar baju dua tga thun skali.. ibu x pnah pikir psal diri ibu... apa ibu taw ank2 ibu bhagia..

ibu taw x msa ibu msuk hospital sbb kna stroke?? along rsa cm k gugur jantung bu.. along tkut sgt kehilangan ibu sbb along memag x leyh wt ape2 klau ibu x de.. ibu nyawa along.. klau ibu x da, cm ne along nk idup?? dlu along x sbar2 nk abes sek sbb along nk dduk jauh dr rmah jauh dr ibu sbb ibu ska brleter... :P.. tp bla dh abes sek dn along dpat further study,jauh dr rmah.. tetiba along rsa lain.. along rsa cm x nk pegi.. along rsa cm along x leyh nk jauh dr ibu.. tp along kna pegi sbb along kna belajar nnt along nk jga ibu dgn abah.. pas 2 hari yg x d nantikan 2 pn tba.. slesai je pndftaran dn sekian2, ibu pn nk balik.. msa 2 along nk nangs tp along tahan.. tp bla tgok ibu nangs along trus x than.. along lepas smua kt situ jga.. msa 2 along taw ibu syg along sgt dn 2 la fes time kn bu kita separate... isk isk T_T..

ibu pd along adalah anugerah yg Allah bg dn x kn pnah sama dgn mna2 ibu lain sbb ibu adalah ibu dn akn ttap jd ibu along... along minta maaf ibu dari hjung rmbut smpai hjung kaki, selama ibu jga along dari besar tpak tgan sehinggalah skrag, along byk wt salahdn slap pd ibu.. byk brdosa pd ibu.. along nk taw, along terlalu syg kt ibu malah sgt2 syg kt ibu... pengorbanan yg ibu bt terlalu bsar untk kluarga kita.. ibu byak brkorban untk kluarga kita... insyaallah ibu, along x kn pernah lupa sgala jasa2 ibu dn along janji ibu along ak jga ibu dgn abah smpai ke akhr hyat along... along x kn sekalai - kali mensia - siakan anugerah yg Allah bg nie.. along syg ibu... selamat hari ibu ^_^ "

nie adalah sdikit luahan hati sy kpd ibu sy wlaupn sy taw dye x kn bca sbb dye pn x taw mcm mna nk msuk bnda nie.. hahahahaha.. tp sy nk smua orag taw sy syg sgt2 kt ibu sy sma jga mcm anda.. anda2 smua mst syg ibu2 anda kn??

"Hargailah dua insan tua ini dn jagalah mereka sbagaimana meeka me njaga dn mendidik kita dr kit kecil smpai kita dewasa.. ^_^ Aminnn "

Saturday, May 2, 2009

+*+* Di Mana Letaknya Kecantikan Seorang Perempuan ? *+*+

Mungkinkah pada sepasang matanya
Yang jelingannya menggoda

Atau… mungkinkah pada bibirnya
Yang sering menguntum senyuman manis

Atau… mungkinkah pada suaranya
Yang lembut bernada dan lunak memujuk

Atau… mungkinkah pada gerak-gerinya
Yang bijak menarik perhatian dan tumpuan

Atau mungkinkah pada pakaiannya
Yang cantik bergaya menutup aurat
Atau… mungkinkah pada batinnya
Yang sentiasa luhur dan ikhlas
Yang tak pernah mengecewakan orang lain
Yang sentiasa baik akhlaknya
Yang sentiasa rindu pada Tuhannya

Ya! Kini kutemui jawapannya
Lidahnya serta cantiknya seorang perempuan
Bukan hanya pada luaran
Tetapi keindahan itu terletak pada hati
Pada akhlaknya
Ingatlah teman kecantikan seorang
Perempuan itu
Bermula dari hatinya
Yang suci dan bersih lagi murni…

+*+* Cinta Dan Kawan *+*+

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?? Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa?? Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap... Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan ?? So, hargailah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI.... Walau kita punya couple, teman still paling setia. Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga. frenz never break......

I luv blog