BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

+*+* ღ Anda Adalah Sahabat Yang Ke - ღ *+*+

+*+* salam ukhwah fillah *+*+


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"......Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... Terciptanya blog ini hanya sekadar untuk berkongsi perkara yang telah lama tersirat dihati selain daripada untuk terus menambah ilmu pengetahuan tentang Islam. Selain itu, blog ini juga adalah tempat untuk saya melepaskan segala ketekanan setelah seharian menghadap buku - buku ilmiah. Di samping itu, blog ini juga adalah sebagai tempat untuk saya meluaskan lagi ilmu pengetahuan saya juga serta untuk saya memanjangkan silaturrahim ukhwah bersama - sama dengan ukhti - ukhti dan akhi - akhi semua. Kepada yang sudi melawatai blog saya yang tidak seberapa ini syukran jazilan saya ucapkan dan bagi mereka yang menjadi sahabat saya, syukran jiddan2 sy hulurkan dan semoga ukhwah persahabatan kita akan terus dirahmati oleh NYA. Ukhwah Fillah Abadan Abada. Jangan segan - segan untuk terus menegur saya andai kekhilafan ini jelas terzahir pada penglihatan ukhti atau akhi. Sama - samalah kita saling memperbaiki kesilapan dan kekurangan diri. Sabda Rasulullah S.A.W., "Sampaikanlah Kepada Saudaramu Walau Pun Hanya Satu Ayat"....."

+*+* ღ Renungan Buat Diriku ღ *+*+

+*+* Muhasabah Diriku *+*+

Thursday, December 24, 2009

+*+* Islam Dihina Di Malaysia *+*+

Assalamualaikum w.b.t... dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang... alhamdulillah slepas selesai beberapa maslaah saya, akhirnya dapat juga nak wat entri nie.. sy rasa sangat2 bersemangat nak wat entri nie sebab kan saya rasa ini adalah salah satu cara yang mampu saya gunakan untuk bantu menyelamatkan Islam.. nak guna tenaga dan kewangan, mano la eden mampu jang oii..!!! huakakakakaka... Tajuk entri cam gempak je kan... heheheh.. Actually apa yang saya akan poskan ini adalah isu yang saya perolehi dari ibu saya dimana rakan sekerjanya telah meng"email"kan kepada beliau... dan apabila saya membaca apa yang di emailkan itu saya menjadi sangat2 lah terkejut...!!!! nak tau apa yang saya baca tu?? sila la baca... =)... samalah kita renungi semua ini...

+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+

Dunia akhir zaman semakin menakutkan kita apabila berkait dengan soal aqidah. Apa dah jadi nie? Patutlah ada sesetengah masyarakat kata tak nak ada anak. Bukan tak nak ada anak sebab takut nak beranak tetapi sebab takut anak yang bakal lahir akan terpesong aqidahnya. Kalau macam tu kata mereka baik la tak da anak langsung!! Ya Allah sampai macam tu sekali takutnya masyarakat kita..!!

Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria membangkitkan isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahawa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 orang ahli politik Islam yang menurunkan tandatangan tanda menyokongoenubuhan IFC itu supaya bertaubat kepada Allah s.w.t. kerana dikhuatiri aqidah mereka sudah terbatal.. Na’uzubillah.. Datuk Harussani juga meminta kepada semua penceramah, semua ustaz – ustaz yang mengajar kuliah – kuliah dan juga semua khatib – khatib supaya jangan lupa membicarakan perkara ini dalam kuliah – kuliah dan di atas mimbar Jumaat bahawa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di Malaysia.

Anda semua tahu apakah perkara yang mereka minta pada Perdana Menteri kita?

Mereka hantar satu memorandum kepada perdana menteri meminta 15 perkara baru berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Antara 15 perkara tersebut adalah:-

1. Setiap anak – anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana – mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun.~~ Apa dah jadi dengan mereka semua nie?? Maknanya anak – anak kita akan dibiarkan tidak beragama sehinggalah mereka berumur 18 tahun dan selepas itu mereka diberi kebebasan untuk memilih sendiri agama yang ingin mereka anuti. (Kalau dah macam nie, anda fikirkanlah akibatnya..)

2. Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama. ~~ Maknanya perkataan “Islam” yang ada pada mykad kita itu, mereka minta untuk di”hapuskan”.

3. Mana – mana orang bukan Islam yang ingin mengahwini orang Islam tidak perlu masuk Islam.

4. Mana – mana orang Islam yang hendak mengahwini orang bukan Islam pula haruslah menukar agamanya kepada bukan Islam.~~ (Aik! Macam tue pulakk.. )

5. Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid – masjid, begitu juga kerajaan perlu menyalurkan dana kepada semua rumah – rumah ibadat bukan Islam yang lain.

6. Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan kerana ia dianggap menghina agama bukan Islam
.~~ (Apa kess pulakk menghina agama bukan Islam?? Pelikk betul.. )

7. Hapuskan mahkamah syariah kerana ia menghina agama – agama bukan Islam yang lain.~~( Menghina lagi?? Tak faham tak Faham..!!) Tapikan sahabat – sahabat, bayangkan kalau mahkamah syariah ditutup maka, rosaklah kita. Maksud saya di sini ialah mahkamah syariah ialah satu – satunya mahkamah yang defence Islam secara habis- habisan. Kalau mahkamah syariah dihapuskan, masalah faraid harta pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak dan semua masalah yang berkaitan agama Islam hendak diselesaikan bagaimana? Kalau mahkamah syariah tidak ada juga maknanya perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah sebaliknya perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8. Mana – mana orang bukan Islam yang memeluk agam Islam, semua harta yang dimilikinya akan diserahkan kepada waris yang bukan beragama Islam.~~( Uishh!! Sangat tak bagus cara macam nie..)

9. Mana – mana pasangan yang bukan Islam apabila dia memeluk Islam maka, hilanglah hak penjagaannya ke atas anak – anak.~~( Lagilah tak adil perkara ini )

10. Sebagaimana program – program di radio dan televisyen yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing – masing, begitu juga dengan ajaran – ajaran dari agama lain perlu diberi ruang.~~( Aduh!! Jangan sesekali dibenarkan perkara ini berlaku..!!)

11. Sepertimana Al – Quran, kerajaan Malaysia juga hendaklah mencetak Bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan ke suluruh Malaysia.~~( Hurm no komen on this request… Pandai – pandai la kita semua buat keputusan…)

12. Apa istimewanya Islam sehinggakan agama kita ini layak untuk dilabelkan sebagai agama rasmi Negara Malaysia?~~( Subhanallah, tidak pernah lagi terlintas difikiran saya tentang persoalan ini apatah lagi nak menanyakan kepada kerajaan..)

Sejuta kemaafan saya pohon kepada semua sahabat – sahabat kerana hanya ini sahaja yang saya perolehi dari e-mail ibu saya.. Lagi tiga perkara yang mereka minta tidak dapat saya sertakan. Tetapi merujuk kepada maklumat yang diberikan jika anda hendak mengetahui lagi tiga perkara tersebut boleh anda refer dalam Majalah Millenium Muslim.
Anda semua boleh lihat bagaimana Islam diludah di hadapan mata kita sendiri. Di mana sensitivity kita semua terhadap isu ini? Mufti Perak, Datuk Harussani menegur Perdana Menteri kita dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan IFC tersebut suoaya dibatalkan pertubuhan itu. Tetapi anda hendak tahu apa yang mereka kata pada Datuk Harussani? Mereka kata,” Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!!”.. Namun, Datuk Harussani tetap membalas dalam Majalah Millenium Muslim dengan berkata,” Di atas sikap open indeed rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!!”.. Inilah kata – kata seorang ulama.

Kata Al-Imam Ibn Khatir didalam tafsirnya: “Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan system pemerintahan yang diambil daripada raja mereka iaitu Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang – undang Yasak yang merupakan sebuah buku yang menghimpunkan hukum – hakam yang diambil daripada syariat yang pelbagai seperti Yahudi, Nasrani, Islam dan lain – lain lagi. Dalamnya juga banyak hukum – hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata – mata lalu dijadikan undang – undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi daripada kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demikian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi seingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar. (Rujukan tafsir Al – Quran Al – ‘Azim oleh al – Imam Ibn Khatir, Jilid 2, m/s 70. Cetakan Beirut)

Wallahu’alam..
+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+
p/s dari cikgu aira: apa yang anda semua rasa selepas anda habis membaca semua ini??? saya nak menyentuh sikit pasal gagasan satu Malaysia... pada mata kasar memang sedikit pun tak da cacat celanya tetapi apa yang dapat saya simpulkan disini, mungkinkah ini hasilnya daripada gagasan satu Malaysia yang dilancarkan oleh perdana Menteri kita??? Macam yang Datuk Harussani kata la,"disebabkan kita rakyat Malaysia nie terlalu open minded la, maka, hadiahnya" adalah 15 perkara yg IFC mnta untk digazetkan ke dalam Perlembagaan Malaysia... Mungkin ada lagi maklumat lain yang boleh anda kaitkan dengan apa yang saya postkan ini.. dan mungkin juga ada yang masih kurang lagi dalam entri ini seperti ada yang benar mungkin ada yang palsu.. Apa - apa pun anda boleh merujuk di Majalah Millenium Muslim. Apa pun marilah sama kta renungi dan ambil ikhtibar dari semua ini. marilah kita sama- sama melakukan amar makruf dan meninggalkan nahi mungkar... Barakallahu filk...!! =)) Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar...

2 comments:

Unknown said...

Oi!GILA BETOL la diorang ni...
tak sangka......sedihnya...
erm..doa,semgo Allah beri peluang utk mereka bertaubat..

ღ cikGu aiRa ღ said...

salam iqbal.. hurm.. nk wat cm mna kn.. dunia dh makin smpai ke hujungnya...

insyaAllah smoga mereka d beri ksempatan.. ^^

I luv blog