BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

+*+* ღ Anda Adalah Sahabat Yang Ke - ღ *+*+

+*+* salam ukhwah fillah *+*+


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"......Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... Terciptanya blog ini hanya sekadar untuk berkongsi perkara yang telah lama tersirat dihati selain daripada untuk terus menambah ilmu pengetahuan tentang Islam. Selain itu, blog ini juga adalah tempat untuk saya melepaskan segala ketekanan setelah seharian menghadap buku - buku ilmiah. Di samping itu, blog ini juga adalah sebagai tempat untuk saya meluaskan lagi ilmu pengetahuan saya juga serta untuk saya memanjangkan silaturrahim ukhwah bersama - sama dengan ukhti - ukhti dan akhi - akhi semua. Kepada yang sudi melawatai blog saya yang tidak seberapa ini syukran jazilan saya ucapkan dan bagi mereka yang menjadi sahabat saya, syukran jiddan2 sy hulurkan dan semoga ukhwah persahabatan kita akan terus dirahmati oleh NYA. Ukhwah Fillah Abadan Abada. Jangan segan - segan untuk terus menegur saya andai kekhilafan ini jelas terzahir pada penglihatan ukhti atau akhi. Sama - samalah kita saling memperbaiki kesilapan dan kekurangan diri. Sabda Rasulullah S.A.W., "Sampaikanlah Kepada Saudaramu Walau Pun Hanya Satu Ayat"....."

+*+* ღ Renungan Buat Diriku ღ *+*+

+*+* Muhasabah Diriku *+*+

Monday, December 29, 2008

+*+* Kisah Yang Sangat Sedih *+*+

Ada sebuah cerita yg agak sedih...

KISAH TENTANG SEORANG ANAK DAN BAPA

Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak pernah bersekolah.

Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah: Bodohnya kamu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya.

persoalan si cupid : sebenarnya la kn agak2 korunk.. sape yg bodoh..?? ekekekekkee.. hrap brsbar dgan kisah sedih nie.. redha jew la...(hak3..!!!) ^_6

+*+* PaRut LuKa YanG PediH *+*+

Aku hanya insan biasa
Yang tak pernah lepas dari dugaan
Apa pun aku tetap bersyukur kerana apa
Yang terjadi mungkin ada hikmahnya.
Semoga suatu hari nanti akan ada insan yang lebih menyayangi diriku
Semoga kebahagiaan akan menjadi milik ku jua
Dan semoga Allah merestui perjalanan ini.

Apa yang terjadi telah mendewasakanku
Bersama dengan luka semalam aku kembali berdiri
Melangkah dengan harapan yang baru
Luka ini mengajarku erti kehidupan
Luka ini menjadikan aku seorang insan yang tabah dalam mengharungi cubaan dan dugaan
Luka ini juga menjadikan aku supaya jangan mudah terpedaya
Dengan pujuk rayu janji manis seorang insan yang bernama lelaki

Terima kasih untuk segalanya
Walauapapun aku di sini sentiasa mendoakanmu
Semoga kau berbahagia selalu
Dan semoga kau temui seorang insan yang lebih baik dari diriku

Jangan kau risau akan diriku
Pandailah aku merawat luka sendiri

Hanya satu pintaku padamu
Jikalau bahagia tidak dapat kau miliki, jangan kau mencari aku lagi
Walau aku tahu kau tetap akan aku terima
Biarlah aku dengan hidupku dan kau dengan hidupmu
Kerana ini yang kau inginkan
Jadi biarlah semua ini berlalu dengan begitu sahaja

Dan jangan di harapkan ada lagi ada lagi pertemuan selapas ini
Cukup sudah sampai di sini.
Aku tak ingin di kecewakan lagi.

pesan si cupid : hati adalah stu amanah dr Allah yg sgt2 memerlukan penjagaan yg ckup baik dn lembut.. kerana dlm hatilah segala perasaan akn bersarag dn membina "penempatan tetap".. jga lah hati sebaik mungkin kerana sekali hati dilukai msa yg d perlukan untk mngubatinya sgt2 lama dn panjag..^_*

Tuesday, December 23, 2008

+*+* Mencintai Dan Dicintai *+*+

Kebahagiaan bukanlah sesuatu yang mudah kita kecapi, apatah lagi sekiranya kita mengimpikan kebahagiaan yang sejati sepanjang hidup. Ianya amat sukar, namun bukan bererti tiada langsung peluang untuk kita gapai…

Apabila kita bertemu dengan insan yang benar-benar kita sayangi dan kita mengharapkan seribu kebahagiaan yang mungkin kita perolehi daripadanya, mungkin suatu hari nanti dia akan berpaling dan mengecewakan hati kita. Namun, apabila kita dianugerahkan dengan kehadiran seorang insan yang benar-benar menyayangi dan luhur kasihnya pada kita…apa mungkinkah kita juga akan kasih dan sayang akan dirinya?? Bagaimanakah pula nanti sekiranya kita mengecewakannya?

Mahu tidak mahu, kita terpaksa akur, akan lumrah alam percintaan. Pilihan terletak ditangan kita sendiri. Tanyalah pada sang hati, jangan pula ditanya sang selera atau sang nafsu, kerana keduanya hanya memberi janji palsu kepada kamu kelak.

Tentukanlah pilihan yang kamu pasti bisa jalaninya…Bak kata pepatah, "Kalau tidak sanggup dilanda ombak, jangan sesekali berumah di tepi pantai". Ertinya, andainya anda tidak sanggup menghadapi cabaran jangan sesekali berani mengambil risiko.

Keinginan dan apa jua permintaan kita pasti dituruti apabila kita memilih untuk disayangi oleh seseorang. Setiap masa dan ketika, hanya akan ada bayangan kita di dalam benak si pencinta So? Anda mahukan layanan sebegitu? Kalau sudah terdetik kata dihati, "bagus juga disayangi macam ni…" , teruskanlah dengan pilihan yang ini… Namun, andai kata hati berkata "Boleh ke aku hidup dengan dia??" Maka hentikanlah daripada terus menerima pilihan untuk disayangi Khuatir nanti, suatu ketika kita akan mengecewakan hati si pencinta pula…

Andai terdetik dihati untuk mencintai seseorang yang belum pasti menyayangi kamu sepenuhnya dan belum tentu lagi kamu akan tersenarai dalam "list" pilihan hidupnya, bersiap sedialah teman-teman!!! Hahaha…

Akan ada beribu rintangan di hadapan kamu nanti yang sedia menanti . Namun, andainya kamu jenis yang berani mati demi mempertahankan cinta, teruskanlah dengan pilihan kamu. Teruskanlah dengan pengorbananmu itu dan rebutlah cinta yang kamu impikan. InsyaAllah , ada cahaya yang menanti dihujung perjalanan kamu kelak...

Tiada siapa yang berhak menetapkan pilihan hati kamu, semuanya berbalik kepada diri kamu sendiri…namun, sedikit tips daripada saya dan inilah juga yang saya pegang setiap kali terjerat dengan cinta...

"Ikhlaslah bila menerima cinta seseorang yang benar-benar cintakan kita, dan janganlah pula berlebihan mencintai seseorang yang kita belum pasti cintanya untuk kita, dan jangan melebihi cintakan yang lain daripada cinta kita pada yang Maha Esa dan diri kita sendiri"…

pesan si cupid : cinta akan datang dengan sendirinya.. cuma terserah pada kita untuk menilai cinta itu bagaimana.. dan pupuklah cinta dgn penuh perasaan agar cinta akan terus wujud dalam hati kita.. cintailah seseorang yang benar-benar mencintai kita dan berilah hati kita kepada seseorang yang telah memberikan nyawanya kepada kita... insyaAllah kebahagiaan akan tetap menjadi milik kita selamanya.. ^_^

Monday, December 22, 2008

+*+* Khas Buat Insan Yang Bukan Lagi Milikku *+*+

Sayang
Adakah aku masih dihatimu
Aku di sini tertanya-tanya adakah aku masih di hatimu
Kau menyepikan diri tanpa aku mengetahui sebabnya
Kau membuatku seolah-olah tiada perasaan.

Sayang
Ketahuilah olehmu aku di sini masih seperti yang dulu.
Aku di sini kesepian
Tiada lagi suaramu, tiada lagi gurau sendamu yang dulu
Menemani hari-hariku

Sayang
Aku di sini sentiasa merindui dirimu
Merindui gelak tawamu dan senyum manismu yang dulu selalu kau berikan padaku
Kini tiada lagi semua itu dalam hidupku,
Kau menyepikan diri

Aku disini merindui kenangan yang telah kita bina
Aku akan jadikan kenangan itu penawar rindu ini.
Bila rindu ku sebut namamu
Ku mengharapkan kehadiranmu di sini
Setiap hari ku menunggu mu di sini
Izikan selamanya namamu di hatiku

Coretan khas buat Mohd Azwan Affandi Samat
(u r the precious things i've ever had in my life.. thank you Allah for giving me chance to hev such a wonderful person and someone like him in my life..)

"...semoga kau berbahagia selalu wahai sayangku... sumpah sampai mati pun belum tentu aku akan dapat melupakanmu... aku selalu mendoakan kejayaan dirimu... moga kau bertemu dengan seseorang yang dapat memberi kau kasih sayang yang tak mampu aku berikan..." ^_^

Sunday, December 21, 2008

+*+* MaSa *+*+

PeRnaH DenGaR Tak AtaU pErNAh BacA Tak..........

--->> Dalam sesaat kita mungkin boleh mengenali seseorang...

--->> Dalam seminit kita mungkin boleh menyukai seseorang...

--->>Dalam sejam kita mungkin boleh menyayangi seseorang...

--->> Dalam sehari kita mungkin boleh mencintai seseorang...

--->> Dalam sebulan juga kita mungkin boleh membenci seseorang...

--->> Tetapi kita mungkin memerlukan masa hampir seumur hidup untuk melupakan seseorang...

=== Namun bg sesetengah insan, seumur hidup juga belum tentu cukup untuk melupakan seseorang yg telah menyentuh kehidupan mereka dengan sentuhan kasih sayang yg tak dpat d gambarkan ===
pesan si cupid : setiap insan ingin mencari sesuatu yg sempurna untuk berkasih tetapi harus diingat kesempurnaan yg d cari bknlah kesempurnaan yg maksima tetapi cukup sekadar kesederhanaan dalam kesempurnaan.. renung2kanlah ^_^

+*+* Hati Dan Perasaan *+*+

Bercinta itu suatu hal yang mengesankan dan harus dipertahankan jika memang kamu sudah sepadan. Seperti kata-kata berikut: 'cinta tak pernah akan begitu indah, jika tanpa persahabatan' , yang satu selalu menjadi penyebab yang lain dan prosesnya adalah sesuatu yang tak mampu kamu ubah.

Seorang pencinta yang terbaik adalah sahabat yang terhebat. Jika kamu mencintai seseorang, jangan berharap bahawa dia itu akan mencintai kamu seperti sebaliknya dalam tahap yang sama. Salah seorang di antara kamu akan memberikan lebih, yang seorang akan merasa kurang. Begitu juga dalam cinta: kamu yang mencari, dan yang lain akan menanti.

Jangan pernah takut untuk jatuh cinta. Cinta mungkin akan begitu menyakitkan, dan mungkin akan menyebabkan kamu sakit dan menderita. Tapi jika kamu tidak mengikuti kata hati, pada akhirnya kamu akan menangis, jauh lebih pedih... kerana saat itu menyedari bahawa kamu tidak pernah memberi. Cinta itu sebuah jalan, yang melorongkan ke arah kebahagian, tetapi mungkin juga menghumban ke lembah penderitaan jika tersilap langkah.

Cinta bukan sekadar perasaan, tapi sebuah komitmen. Perasaan boleh datang dan pergi begitu saja, tetapi komitmen membuat kamu 'mempertahankan' .

Cinta tak harus berakhir bahagia, kerana cinta tidak harus BERAKHIR!

Cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan, sebab cinta tidak datang dari bibir dan lidah atau fikiran, melainkan dari HATI.

Ketika kamu mencintai, jangan mengharapkan apapun sebagai balasan , kerana jika kamu demikian, kamu bukan mencintai, melainkan 'pelaburan'.

Jika kamu mencintai, kamu harus bersedia untuk menerima penderitaan. Kerana jika kamu mengharap kebahagiaan, kamu bukan mencintai, melainkan memanfaatkan.

Lebih baik kehilangan harga diri dan egomu bersama seseorang yang kamu cintai daripada kehilangan seseorang yang kamu cintai kerana egomu yang tak berguna itu!

Cinta mungkin akan meninggalkan hati kamu bagaikan kepingan-kepingan kaca, tapi sematkan di dalam fikiran kamu, bahawa ada seseorang yang akan bersedia untuk membalut luka kamu, mengumpul kembali dan mencantum 'pecahan-pecahan kaca' itu sehingga kamu akan menjadi 'kuat' kembali.

pesan si cupid : insyaallah jika kita tahu menghargai hati dan perasaan orang yg syg pd kita nescaya hati dan perasaan kita juga akn ada yg menghargainya.. renung2 kanlah.. ^_^

+*+* Cara Menjaga Hubungan Percintaan *+*+

Jangan sesekali memarahinya dihadapan orang ramai atau didepan kawan-kawan anda, kerana ini memperlihatkan tahap perhubungan anda dengan si dia.

Jangan diulangi mengutuk si dia di belakangnya bersama kawan atau ahli keluarga anda, ini boleh menyebabkan dia berkecil hati atau terus menjadi marah apabila mengetahuinya.

Jangan ragu-ragu bertanyakan teman anda sekiranya anda tidak pasti perbuatan anda buat itu melukakan hati si dia, seperti menjadi teman kepada kawan anda untuk pergi berjumpa dengan teman barunya, sekiranya si dia terlebih dulu tahu sebelum anda memberitahunya, tahap kepercayaan si dia kepada anda akan menjunam turun.

Jangan sesekali menyatakan kriteria teman impian anda yang tidak sama dengan perwatakan atau perilaku si dia, kerana ini akan menyebabkan dirinya merasa seperti tiada gading, tanduk pun boleh lah.

Jangan buat walau sekalipun, mengutuk ibubapanya kerana impaknya terlalu kuat sehingga anda boleh ditinggalkannya.

Jangan diamalkan berbohong orang lain dihadapannya kerana ia boleh menimbulkan rasa curiga si dia terhadap anda.

Akhir sekali terima lah si dia seadanya dia, dan layan lah si dia seadanya anda. Dan pasangan paling memahami dan menyayangi adalah kunci kebahagian.

pesan si cupid : apa sahaja dugaan yg datang dlam percintaan kita jgnlah mudah patah semangat dn ingatlah bahawa setiap dugaan yg menimpa ada hikmah yg sedang menanti..

Saturday, December 20, 2008

+*+* Facts about Guy n' Girl *+*+

Guys facts:

When a guy is quiet, He's listening to you...

When a guy is not arguing, He realizes he's wrong.

When a guy says, "I'm fine", after a few minutes, he means it.

When a guy stares at you, he thinks you're the most beautiful thing in the world.

When you're laying your head on a guy's chest he has the world.

When a guy calls you everyday he is in love.

When a (good) guy say he loves you he means it.

When a guy says he can't live without you, he's with you till you’re done.

When a guy says, "I miss you", he misses you more than you could have ever missed him or anything else.


Girl facts:

When a girl is quiet, millions of things are running through her mind.

When a girl is not arguing, she is thinking deeply.

When a girl looks at you with eyes full of questions, she is wondering how long you will be around.

When a girl answers, "I'm fine", after a few seconds, she is not at all fine.

When a girl stares at you, she is wondering why you are so wonderful.

When a girl lies on your chest, she is wishing for you to be hers forever.

When a girl calls you everyday, she is seeking for your attention.

When a girl wants to see you everyday, she wants to be pampered.

When a girl says, "I'll love you forever", she means it..

When a girl says that she can't live without you, she has made up her mind that you are her future.

When a girl says, "I miss you", no one in this world can miss you more than that..

pesan si cupid : cuba fahami hati pasangan sebaik mungkin.. terapkan nilai "giv n' take" dlam hubungan.. insyaallah klau ada persefahaman hubungan akan berkekalan.. saling memahami dn saling melengkapi... jga saling menyayangi dn saling mempercayai.. :)

Friday, December 19, 2008

+*+* Enam petanda si dia adalah milik kita *+*+

Pasangan kekasih yang mempunyai perasaan saling berjodoh pasti akan memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap wajahnya atau mendengar suaranya kamu akan merasakan getarannya. Namun, apakah petanda lain agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kamu atau bukan...

PETANDA 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling bekerjasama. Kamu dan si dia selalu bantu membantu dalam urusan yang remeh temeh atau besar. Paling penting adalah kamu sentiasa dapat melalui segala aspek kehidupan bersama dan semuanya terasa amat menyenangkan.

PETANDA 2
Kriteria seterusnya ialah menerusi kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba perhatikan gerak gerinya, cara berpakaian, gaya rambutnya, cara bercakap serta tawanya. Jika setiap perilakunya menampakkan si dia hanya berpura-pura, maaf kemungkinan besar si dia bukan jodoh kamu.

PETANDA 3
Adanya deria batiniah membuat kamu mengetahui isi hatinya. Contohnya, apabila kamu atau si dia saling dapat membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan antara satu sama lain pada situasi tertentu.

PETANDA 4
Ketika bersamanya perasaan kamu menjadi tenang dan selesa walau berjam-jam bersamanya setiap waktu dan setiap hari tetapi kamu tidak pernah berasa bosan.

PETANDA 5
Si dia selalu bersama kamu di dalam apa jua situasi dan si dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Pasang yang mempunyai jodoh pasti tidak takut mengalami pasang surut, suka duka bersama.

PETANDA 6
Setiap orang pasti memiliki kekurangan dan kamu tidak malu² memperlihatkan nya pada si dia. Misalnya saat kamu bangun tido, saat kamu sakit dan tidak mandi selama dua hari atau mencerita kan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya. Kamu dan si dia sememangnya di suratkan bersama.

INSYAALLAH...

"... cinta tidak buta tetapi insan yang bercinta itu sendiri buta kerana cinta..."

pesan si cupid : setiap insan mempunyai pasangan yang telah ditakdirkan untuk bersama dengan mereka cuma tinggal sama ada kita sempat atau tidak untuk bertemu dengan si dia yg ditakdirkan untuk kita.. wallahu'alam

Thursday, December 18, 2008

+*+* salam terakhir..kisah kasih ke-2 *+*+

Bulan OGOS menjelma lagi. Betapa aku mengharap bulan ke lapan dalam kalendar Masihi itu tidak hadir. Ia satu memori dalam lipatan sejarahku. Namun, sebagai insan biasa siapalah aku untuk mengawal segala-galanya. Bulan ini harus ku hadapi dengan tenang dan ceria. Itulah tekadku. Tekad yang ku tanam saban tahun sejak lima tahun lalu. Tekad yang tidak berjaya aku capai lima tahun lalu.“Sudahlah tu, Mal. Semua dah berlalu. Kau harus terima hakikat bahawa Tihah dah tak ada.”Masih terngiang-ngiang nasihat kawan serumahku yang tidak jemu2 menasihatiku saban tahun.Faizal, satu-satunya sahabat yang tahu mengapa sampai ke hari ini aku terus bersendirian. Dialah juga yang sering menyuruh aku mencari pengganti kepada gadis yang bernama FATIHAH ADRIANA itu.“ Sampai bila Mal ?! Tihah sendiri tak suka tengok kau macam ni! Kau ingat janji kau pada dia masa dia kat hospital tu?! Aku dan Aman jadi saksinya.”


“ Maaf Sayang! Mana mungkin Mal akan lupakan janji Mal kepadamu bersaksikan Faizal dan kembarku, Mohd Amal Amani! Tapi…… Ah, mana ada gadis yang seperti Fatihah. Gadis itu terlalu sempurna pada pandanganku sehinggakan hatiku tertutup untuk mana-mana wanita. Kejamkah aku!


Langkah ku atur menyusuri pantai yang menjadi saksi bermulanya perkenalan pertama kami. Mengingatkan itu semua aku tersenyum sendiri. Mana mungkin aku boleh melupakan kisah lucu itu.“Cik, yang ni berapa?” Tanyaku sambil membelek-belek key chain yang diperbuat daripada kulit siput itu.Fatihah memandangku. Pertama kali pandangan kami bertaut. Lama. Matanya!!! Tak dapat ku bayangkan betapa cantiknya. Kami malu tiba-tiba apabila Aman menyindir.“Kak, everything okey? My big brother?! Are you okey too? Atau abang nak tukar key chain tu ngan akak ni ?”Aku memandang Aman yang tersenyum. Tanpa sedar aku menggaru keningku yang tidak gatal. Malu dengan apa yang terjadi. Aku memandang Fatihah yang turut tersenyum malu dengan sindiran Aman.“Berapa?” Tanyaku sekali lagi.“Satulah abang Mal! Dah tak pandai mengira ke?”

Aku menjengkilkan mata memandang Aman. Serentak itu lengannya kucubit. Aman mengadu kesakitan – dibuat-buat! Kedengaran tawa kecil daripada Fatihah. Ketawanya!!! Ketawanya membuatkan aku bagai di dunia lain.“Em, macam ni lah kak, apa kata kita makan sama malam ni?” Tersentak aku mendengar kata-kata Aman. Dia yang terlebih dahulu mengatur langkah!“Tapi…”“Alah kak, okeylah tu. Kesian saya tengok abang saya ni. First time dia angau cam ni”Aman!!! Aku menjerit di dalam hati. Tapi aku harus mengucapkan jutaan terima kasih kepada kembarku itu! Kerana dia, aku dan Fatihah mula menjalinkan tali persahabatan. Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Jalinan persahabatan yang kami bina semakin utuh.Bulan April, pada tarikh enam belas hari bulan. Lokasinya di tepi pantai ini. Aku melafazkan kata cinta di hadapan Fatihah Adriana, gadis pertama yang berjaya menambat hatiku. Dia agak terkejut dengan pengakuanku. Namun, tanpa ku sangka Fatihah mengalirkan airmata dalam senyuman.

Dia mengangguk – tanda setuju menerima cintaku.Sebagai seorang manusia biasa aku takut andai berlaku perkara terlarang dalam hubunganku dengan Fatihah. Walaupun waktu itu aku masih belajar di tahun akhir dalam bidang undang-undang yang bakal melayakkan aku menjadi seorang peguam. Kami pun mengikat tali pertunangan. Pada mulanya aku akan bertunang segaligus dengan Aman namun kembarku itu terpaksa menangguhkan pertunangannya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Dan sebagai seorang manusia biasa siapalah aku untuk mengubah segala ketentuan Illahi terutamanya soal nyawa.Langsung aku tidak menyangka Fatihah akan pergi jauh daripada aku buat selama-lamanya.Dia terlantar di hospital hampir seminggu namun tiada siapa yang memberitahuku. Patutlah tika petang Khamis ketika dia menghubungiku memberitahu bahawa dia akan pulang ke kampung neneknya dengan alasan ada hal mustahak. Kedengaran suaranya begitu payah untuk dikeluarkan.Bila aku menyatakan bahawa aku ingin mengikutnya dia melarang.

Alasannya dia tidak mahu mengganggu pengajianku.Aman. Cuma kepada Aman diberitahu tentang apa yang berlaku. Patutlah Aman jarang berada di rumah. Ada saja alasannya untuk keluar. Nak pujuk Zahlialah! Nak pergi tengok wayanglah! Aku mempercayainya kerana waktu itu dia memang menghadapi masalah dengan Zahlia.Petang itu, dua minggu sebelum tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia aku menerima satu panggilan daripada Aman. Ketika itu aku sibuk dengan urusan untuk hari kemerdekaan. Cemas suara Aman.
“Abang, datang hospital sekarang. URGENT!”“Kenapa ni?”“Abang jangan banyak tanya. Datang sekarang!”“Hospital mana?”“Tawakal…”Belum sempat aku bertanya dengan lebih lanjut talian terputus. Aku mencari Faizal, mengajak dia menemaniku.“Naik kereta kau.”
Faizal menggangguk. Kereta kancil milik Faizal meluncur agak laju ke Hospital Tawakal. Entah kenapa aku menukar siaran radio yang dipasang Faizal. Berkumandang sebuah lagu ‘keramat’ Allahyarham Sudirman “Salam Terkahir.” Sayu kedengaran. Hampir menitis air mataku saat itu entah untuk apa aku sendiri tidak pasti.“Lagu ini ditujukan kepada seseorang yang paling saya cintai dan sayangi,” Ucap seorang gadis dalam nada sedih.

Betapa aku tidak menyangka itulah suara Fatihah. Aku hanya membisu – mendengar kata-kata seterusnya daripada gadis yang langsung tak ku fikir bahawa itu adalah Fatihah.“Kenapa Ana pilih lagu ini?” Tanya DJ radio itu.“Sebab saya takut saya tak…” Suara gadis itu terhenti.“Ana?” Panggil DJ itu.“Ya, saya. Saya… Saya takut saya tak dapat jumpa dia lagi.”
Suasana sunyi. DJ radio itu terdiam. Dia seolah-olah dapat merasakan apa yang dirasakan oleh gadis yang menghubungi stesen radionya.“Em… Cik Ana, saya harap Cik Ana bersabar,” Ujar DJ itu perlahan.“Ya, saya cuba bersabar. Boleh saya kata sesuatu?”“Ya, silakan.”“Saya nak ucapkan kepada dia yang saya amat menyintai dan menyayanginya. Terima kasih kerana membenarkan saya menyintai dia. Saya tak dapat menemaninya sehingga ke akhir hayatnya. Saya tak berdaya. Maafkan saya,” Ujar gadis itu dalam tangisan yang cuba ditahan.Sepi lagi. Kedua-duanya membisu. Aku tergamam. Mataku berkaca saat itu. Aku dengar Faizal mengeluh. Aku tahu dia juga agak tersentuh.

“Saya harap dia mendengarnya,” Ujarnya setelah agak lama membisu.“Ya, saya pasti dia mendengarnya.”“Terima kasih. Assalamualaikum.”“Waalaikumsalam. Saya harap Ana bersabar.”Muzik tanpa lagu berkumandang. Sedih. Pilu. Agak lama muzik itu berkumandang. Mungkin setelah keluar daripada mood sedih barulah DJ radio itu bersuara.“Kami di sini akan mendoakan kesejahteraan buat semua rakyat Malaysia. Buat saudari Ana bersabarlah.”Kereta kancil berwarna hijau lumut itu membelok memasuki kawasan Hospital Tawakal.Aman sudah menunggu di hadapan bangunan hospital.“Siapa yang masuk hospital Man?” Tanyaku.
Aman tidak menjawab. Lantas langkah di atur. Aku dan Faizal hanya membuntuinya.Wad ICU!“Abang, Man harap abang bersabar.”
Lambat- lambat Aman mengatur bicara. Aku merenungnya. Dia memandang ke dalam sebuah bilik. Aku turut memandangnya. Seorang gadis pucat sedang terlantar di atas katil dan gadis itu adalah FATIHAH! Aku berlari masuk.“Sayang!” Panggilku tanpa menghiraukan kehadiran kaum keluarganya. Fatihah senyum pahit. Betapa aku tidak sanggup menatap wajahnya ketika itu! Dia bukan lagi gadisku yang dulu. Wajahnya pucat lesi. Badannya kurus. Aku menangis tiba-tiba tatkala melihat segala macam wayar yang melekat di anggota tubuhnya. Air mataku di kesatnya perlahan. Dia menggeleng.“Jangan menangis. Jangan biarkan Tihah pergi dengan air mata Mal.

Tolong ya.”“Tihah, kenapa baru sekarang Mal diberitahu?”
Fatihah menggengam jari jemariku. Dia cuba bangun untuk menyandarkan tubuhnya di kepala katil.“Tolong Tihah, Mal.” Air mata ku terlalu murah saat itu. Aku menolongnya.
“Mal, mak cik dan pak cik keluar dulu. Mal berbual-buallah.”
Aku hanya menggangguk. Pandanganku kembali ke arah gadis yang menjadi pujaanku saban hari. “Tihah ingat Mal tak sempat datang. Tihah suruh Man call radio. Mal dengar tak ?”“Erm, yang mana?”“Stesen radio kesayangan Mal. Tihah minta lagu Sudirman.”
Segera aku teringat peristiwa tadi. Ana?! Tihah?! “Tihah takut sangat Mal terlewat. Tihah takut call Mal sebab tu Tihah suruh Man call stesen radio tu.”

“ Ana.”
Fatihah tersenyum. Senyuman itu terasa terlalu sukar diukirkan. Tak seindah selalu.Betapa terseksanya kau menanggung derita Puteriku!“Itu kan nama Tihah juga. Ingat Encik Mohd Amal Aiman. Nama saya Fatihah Adriana,” Ujarnya berseloroh.
Aku memaksa diri untuk tersenyum. Aku tahu dia cuba gembira di saat begini. Cuba mententeramkan dirinya sendiri.“Mal, bila Tihah tak…”
Belum sempat Fatihah, meneruskan kata-katanya aku menggeleng, berharap Fatihah tidak bercakap tentang itu.“Tihah akan terus bersama Mal. Kita akan kahwin dan dapat anak. Ingat, janji Tihah pada Mal!”“Tihah ingat, Mal. Cuma Tihah minta maaf Tihah tak berdaya lagi.”“Tihah……”“Please Mal. Bagi Tihah bercakap.”

Aku menggangguk. Wajah pucat itu ku perhati. Matanya. Masih cantik cuma di mata itu jelas terbayang penyeksaan yang dihadapinya. Hatiku bagai disiat pilu. Ya ALLAH, jauhkanlah perpisahan ini!“Tihah tahu Tihah tidak seharusnya sembunyikan semua ini daripada Mal. Tapi Tihah tak mahu Mal menderita.” Fatihah memberhentikan kata-katanya… Matanya dipejam rapat. Sakitkah dia? Aku mengengam jari jemarinya kejap. Cuba memberi kekuatan.
“Terima kasih Mal. Tihah minta maaf kerana tak beritahu Mal awal-awal lagi.”“Tihah sakit apa ?” Gadis yang menjadi pujaan hatiku mengeluh. Dia tunduk.

“Kanser perut.”
Tenang sekali dia menyatakannya. Sedangkan aku?!
“Sejak bila?”“Tahun lepas. Seminggu sebelum kita makan malam bersama Aman dan Zahlia.
Oh Tuhan! Kenapa aku terlalu bodoh untuk tidak mengerti kemurungannya malam itu. Dia tidak ingin keluar pada hari itu! Letih katanya!!!
“Kenapa Tihah tak beritahu Mal? Kan masa tu masih awal boleh diubati lagi.”“Apa yang Tihah takut?!” Tanyaku sedikit kasar.
Fatihah membisu. Terdengar esakannya. Menangiskah dia?“Maaf ya sayang. Mal tak terniat pun nak marah.”“Tak, Mal tak salah. Tihah tak beritahu Mal sebab Tihah tahu Mal mesti paksa Tihah buat operation. Tihah takut. Tihah takut pembedahan tu tak berjaya. Tihah takut Tihah tak sempat mendengar ucapan cinta daripada Mal. Tihah tunggu Mal. Tihah tunggu Mal ucapkan Mal cintakan Tihah.” Ujar Tihah dalam sendu.“Tihah…”“Man beritahu Tihah perasaan Mal kepada Tihah tapi Tihah nak dengar daripada Mal sendiri. Enam bulan Tihah tunggu. Tihah hampir putus asa. Tapi akhirnya Tihah gembira bila Mal ucapkan juga akhirnya.”“Kenapa Tihah tak nak buat pembedahan lepas itu?”“Tihah takut tak dapat bersama Mal.”
Tihah! Tihah! Kau sedang membunuh dirimu sendiri. Sayang…Kenapa cara ini yang kau pilih?! Kenapa sayang?!“Mal…” Lirih suara itu memanggilku.“Ada apa sayang?”“Ti…… Tihah nak cakap dengan Aman… Mal datang dengan Faizal kan?”
Aku menggangguk. Memang Fatihah mengenali Faizal sahabatku sejak kecil. Faizal sudah dianggap abangnya sendiri.
“Panggil… Fai… Faizal sekali.”

Oh Tuhan, sudah tibakah masanya?! Tidak! Tidak! Dia tak akan tinggalkan aku sekarang! Bukan sekarang!“Mal……”“Okey, sayang. Mal panggilkan Aman dan Faizal.”
Aku melangkah keluar memanggil Aman dan Faizal. Fatihah hanya tersenyum menyambut kehadiran dua jejaka itu.“Duduklah.”“Terima kasih.”“Man tolong ya jaga abang Mal baik-baik.”
Tersentak aku mendengar permintaan Fatihah. Air mataku mengalir saat itu.
“Akak tak perlu risau. Man akan jaga dia baik-baik.”
Mata Fatihah memandangku. Segera air mata yang mengalir ku sapu dengan tangan. Jari jemarinya ku gengam kejap.“Mal dah janji tak kan menangis.”“Maaf okey.”“Man, Zal… Tolong jadi saksi ya… Tihah tak boleh tunggu lama lagi. Penyakit ni terlalu menyeksakan. Kalau… Tihah… Tihah tak ada nanti tolong… Tolong buatkan Mal lupakan Tihah.”
Sekian kalinya aku tersentak. Tihah!!! Tidak!!! Tidak Sayang! Mana mungkin aku akan melupakan dirimu. Tidak sesekali. “Tihah… Apa yang Tihah cakap ni!!!”
Air mata Fatihah mengalir. Tolong jangan menangis sayang. “Zal, Tihah… Tihah nak Mal kahwin dengan gadis lain. Lupakan janji-janji dia pada Tihah.”“Tak sayang! Tak mungkin! Cuma Tihah……

“Please Mal. Lupakan janji kita. Berilah peluang kepada gadis lain.”“Mal cuma sayangkan Tihah. Tiada yang lain.“Kalau sa…… Sayangkan Tihah…… Mal me… Mesti kahwin dengan gadis lain. Tihah tentu gembira nanti.”“Tapi…”“Janji ya Mal. Mal kahwin. Dapat anak.”
Aku menggeleng dalam tangisan. Aman bangun daripada kerusinya. Dia menuju ke tingkap. Aku lihat dia mengusap mukanya. Cermin mata ditanggalkan. Sapu tangan di dalam poket bajunya dicapainya. Mengelap air matanya.“Man…” Panggil Fatihah perlahan.
Aman menghampiri kembali kerusinya. “Man juga tolong jangan menangis. Tihah rasa macam abang Mal yang menangis. Aman memaksa dirinya untuk tersenyum. Faizal tunduk.
“Mal, janji ya… Tolong janji. Tihah tak akan tenteram kalau Mal tak janji. Mal janji ngan Tihah yang Mal akan cari yang lain…” Ujarnya dalam suara yang tersekat-sekat.
Akhirnya aku terpaksa berjanji. Air mataku bagai tidak dapat ditahan lagi. Mengalir deras.“Tolong pang… Panggilkan keluarga Tihah.”
Aku bangun dan terus memanggil keluarga Fatihah yang berada di luar wad.
“Mak… Ayah… Tihah dah nak pergi ni. Maafkan Tihah ya mak… Ayah.”
Oh Tuhan! Aku benar- benar terseksa saat ini. Wajah bakal ibu dan ayah mertuaku kelihatan terlalu sedih. Bagaimanalah mereka menghadapi semua ini!
“Mak dah maafkan Along. Along maafkan mak ya.”“Mak… Mak tak… Tak perlu minta… Minta maaf. Along sebagai anak… Yang perlu minta maaf.”
Ibu Fatihah menangis sambil mengucup perlahan dahi anak sulungnya. Suasana diselubungi kesedihan. “Angah… Atie!” Kedua-dua adik Fatihah menghampirinya. Adik mana tak sedih apabila melihat kakaknya yang hampir sahaja pergi ke alam lain.

“Akak jangan tinggalkan angah, kak.”
Fatihah senyum pahit. Dia menggeleng.
“Adik-adik akak belajar rajin-rajin ya.”
Tihah!“Mal…”“Ya sayang.”“Janji ya…”
Aku menggangguk dalam tangisan.
“Tihah dah tak tahan. Tihah rasa sakit sangat.”“Tihah mengucap. Bawa mengucap.”
Perlahan-lahan Fatihah mengucap. Terlalu sayu dan syahdu. Seketika kemudian matanya tertutup rapat. Nafasnya terhenti. Denyut nadinya tiada.


“Tihaahhhh!!!!!”
Aku menjerit tiba-tiba. Nama gadis itu! Mataku berkaca. Kenangan itu terlalu menyeksakan. Beberapa orang pengunjung pantai terkejut melihatku. Aku membiarkannya! Biarlah mereka!
Di satu sudut aku lihat seorang gadis sedang menjaja cenderahati. Tihah! Di situ jugalah ku melihat dirimu. Bulan OGOS tahun ini sekali lagi aku tidak berjaya dengan tekadku. Maafkan Mal, sayang ku! Sehingga kini tiada gadis yang berjaya bertahta di hati ini hanya dirimu sayangku Fatihah Adriana.TAMAT

pesan si cupid : walau aku sudah tiada di dunia namun cintaku padamu tak kan pernah mati sayang dn jika kau pergi dulu dari ku mungkin aku tidak akan pernah dapat mencari pengganti dirimu...

Wednesday, December 17, 2008

+*+* aku masih setia menanti mu *+*+

Sayang, adakah kau masih menyayangiku?
Sayang janganlah buat aku begini..
Aku merasa diri ini tidak dperlukan lagi
Kau buat hatiku ini seolah-olah tiada perasaan .

Kau mendiamkan diri
Kau menyepikan diri tanpa aku mengetahui sebabnya.
Sikap mu yang begitu membuatkan aku kelihatn seolah-olah sedang menagih kasih pada yang tak sudi

Jika dalam hati mu sudah tiada cinta buatku lagi,
Berterus-teranglah wahai sayangku,
Agar aku mengetahui isi hatimu yang sebenar.

Andai dalam hatimu sudah diduduki oleh insan lain jujurlah padaku,
Agar aku tidak lagi menantikan dirimu yang tidak pasti,
Walau apapun yang berlaku,
Satu pintaku padamu, ketahuilah bahawa,
Aku disini masih lagi setia menunggu dirimu wahai nyawaku.
p/s : luahan ikhlas dari seorang kekasih yg mengharap..
pesan si cupid : penantian memang satu penyiksaan tetapi di sebalik penyiksaan itu insyaallah ada nya kebahagiaan yang tersembunyi...

Tuesday, December 16, 2008

+*+* azimat - azimat cinta *+*+

"wahai hati yang ingin mencintai... ketahuilah bahawa pemilik hati ini juga dalam kegelapan untuk mencari apa itu cinta.. cinta berkait rapat dengan kehidupan.. tanpa cinta dunia ini kosong sahaja...tanpa cinta juga kehidupan akn bosan... jangan pernah sesekali menutup peluang untuk hati merindui dn mencintai kerana cinta adalah hak semua orang dan semua insan berhak merasa nikmat cinta.."

"dlam percintaan ego perlu ada... tp sampai suatu masa ingatlah bahawa anda pasti terpaksa lepaskan ego tu kerana ketika bercinta apa yang kita nampak masa itu hanya la dia.. tiada yang lain... jgn biar ego mngaburi mata.. jgn biar ego mnguasai akal... jgn biar ego menakluki hati... kalah kan ego.. kerana jika sekali kita biarkan ego mnguasai diri seribu kali penyesalan yg kita perolehi..."

"cinta umpama satu peperangan... di mana untuk memulakan peperangan cinta sangat mudah.. tetapi untuk mengakhirinya cukup susah.. apabila sekali kita merasa cinta atau jatuh cinta.... carilah seseorang yang terbaik untuk terus bersama kita berjuang dalam peperangan itu sekaligus terus menamatkan peperangan cinta.."

"cinta yang paling agung adalah cinta Muhammad kepada Khadijah sehingga membuatkan semua isteri-isteri nabi cemburu... cinta yang paling tulus adalah cinta shah jehan kepada mumtaz sehingga terbinanya Taj mahal... cinta yang paling mendalam adalah cinta romeo kepada juliet sehingga membawa romeo kpda maut kerana terlalu mencintai juliet.... tp jadikan lah cinta kita sbg satu cinta yg tulus dn suci kerana dalam cinta yg tulus dn suci tersirat sejuta kemanisan..."

"... sebelum bertemu dirimu aku keliru siapa diriku.. namun selepas kau muncul dlam hidup ku, aku telah menjadi diriku sendiri..."
pesan si cupid : dalam percintaan, si pencinta tak kan pernah mengharapkan balasan untk apa yg telah dia lakukan kerana cinta berkaitan dengan keikhlasan dalam melakukan pengorbanan demi kebahagiaan pasangannya...

+*+* Sebuah Madah Cinta *+*+

Suatu masa kita akan bertemu seseorang yang keunikannya sehaluan dengan kita, kita bersama dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang dinamakan cinta.

Ada sesuatu yang tidak ingin kita lepaskan. Seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan. Tapi ingatlah, melepaskan bukan akhir dari dunia, melainkan awal suatu kehidupan baru.

Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Kerana merekalah yang dapat menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.

".... love is everything...."

p/s : thanks to her, my special frenzz for giving me this...

pesan si cupid : cintai lah selagi kita ingin mencintai kerana rasa cinta sejati hanya datang sekali dalam seumur hidup kita..

+*+* satu kisah kasih *+*+

assalamualaikum.. niyh kisah kasih aku yg pertama.. trima ksh kt kwn baek aku yg bg cerita nie.. bla aku bca bru aku tahu betapa pedihnya hati orang yg di kecewakan.. hrap ko dpat la pengajaran dri kisah nie..

"... Suatu malam, sepasang kekasih baru selesai menonton tayangan gambar di panggung. Tetapi dalam perjalanan pulang, si lelaki merasakan ada sesuatu yg tidak kena pada pasangannya. Si kekasih hatinya lebih banyak membisu. Suasana dalam kereta pun tidak seceria biasa.
Tidak lama kemudian, si gadis meminta kekasihnya berhenti sekejap di tepi jalan kerana dia ada sesuatu utk dibincangkan. Dia mengatakan perasaannya sudah berubah dan dia mahu berpisah utk memulakan kehidupan baru. Setitis air mata mengalir di pipi si lelaki yg hatinya remuk kecewa.

Harapanya utk bersama si gadis selamanya hancur berkecai. Si lelaki kemudian mencatatkan sesuatu dalam sekeping nota dan melipatnya. Dia kemudian menghulurkan kepada si gadis. Pada masa yg sama, sebuah lori yg pemandunya mabuk sedang memecut laju dan melanggar kereta pasangan kekasih tersebut. Hentamannya terkena tepat di kerusi pemandu, dan membunuh si lelaki serta merta di tempat kejadian. Ajaibnya, si gadis terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan. Teringat kepada nota terakhir kekasihnya, dia pun membukanya dengan hati yg berdebar.
Di dalamnya tercatat:..."


“Without your love, I would die.”
pesan si cupid : hargai lah cinta selagi cinta masih ada.. karna jika sekali cinta pergi meninggalkan kita, sampai bila pun cinta itu tak kan pernah kembali lagi..

Monday, December 15, 2008

"...permulaan sebuah cerita cinta..."

assalamualaikum w.b.t..

pertama sekali aku nak bagitahu nie blog kedua aku.. tapi dalam blog nie aku tak kan letak kisah cinta aku lagi sbb kisah cinta aku dalam nie sbb kisah cinta aku hanya untuk aku dan dia sahaja.. dn juga untuk orang2 yg terdekat sahaja.. erm.. senarnye x taw nk tulis pe lg nie... rsa nye smpai sini jew kot dlu... ooo yes.!! dalam blog nie nnt hanya akan d penuhi dgan kisah2 kasih.. cerita2 cinta.. dn jga segala fakta2 yg berkaitan dengan cinta... semua nye hasil inspirasi dri dunia fantasi cintaku, dunia realiti cinta ku dn jga dr kisah2 cinta sebenar yg lain...

"...love is speechless..."
pesan si cupid : cinta sgt indah jika kita tahu menghargainya walaupun dlam indah itu penuh kelukaan.. kerana dr setiap kelukaan akn datag pula sejuta kemesraan..

I luv blog