BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

+*+* ღ Anda Adalah Sahabat Yang Ke - ღ *+*+

+*+* salam ukhwah fillah *+*+


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"......Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... Terciptanya blog ini hanya sekadar untuk berkongsi perkara yang telah lama tersirat dihati selain daripada untuk terus menambah ilmu pengetahuan tentang Islam. Selain itu, blog ini juga adalah tempat untuk saya melepaskan segala ketekanan setelah seharian menghadap buku - buku ilmiah. Di samping itu, blog ini juga adalah sebagai tempat untuk saya meluaskan lagi ilmu pengetahuan saya juga serta untuk saya memanjangkan silaturrahim ukhwah bersama - sama dengan ukhti - ukhti dan akhi - akhi semua. Kepada yang sudi melawatai blog saya yang tidak seberapa ini syukran jazilan saya ucapkan dan bagi mereka yang menjadi sahabat saya, syukran jiddan2 sy hulurkan dan semoga ukhwah persahabatan kita akan terus dirahmati oleh NYA. Ukhwah Fillah Abadan Abada. Jangan segan - segan untuk terus menegur saya andai kekhilafan ini jelas terzahir pada penglihatan ukhti atau akhi. Sama - samalah kita saling memperbaiki kesilapan dan kekurangan diri. Sabda Rasulullah S.A.W., "Sampaikanlah Kepada Saudaramu Walau Pun Hanya Satu Ayat"....."

+*+* ღ Renungan Buat Diriku ღ *+*+

+*+* Muhasabah Diriku *+*+

Thursday, December 17, 2009

+*+* Salam Maal Hijrah 1431 *+*+


Assalamualaikum w.b.t... dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang... bersyukur kepada Allah s.w.t... kerana sekali lagi kita semua dapat melangkah setahun lagi ke hadapan... Tahun Hijrah dah menginjak ke 1431... Sekali lagi kita semua dapat melalui 1 Muharram 1431H... seperti yang kita semua tahu tahun hijrah bermula selepas berlakunya penghijrahan kaum muslimin Muhajirin Mekah ke Madinah yang telah disambut baik oleh kaum muslimin Ansar Madinah... Banyak lagi peristiwa yang berlaku pada bulan Muharram... Apakah peristiwa -peristiwa yang telah berlaku dalam bulan Muharram??? Marilah sama - sama kita renungi.....
Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Muharram ialah :-

Tarikh 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

Pada 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Berikut pula merupakan antara peristiwa yang terjadi pada 10 Muharam :-


1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama
40 hari 40 malam.

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari
tentera Firaun.

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

13. Hari pertama Allah menciptakan alam.

14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

16. Allah menjadikan 'Arasy.

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

18. Allah menjadikan alam.

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Itu adalah antara perkara yang berlaku pada bulan Muharam.. mungkin ada di antara kalian yang mempunyai penambahan maklumat lain... InsyaAllah hanya ini yang mampu saya kongsikan bersama... bila masuk tahun baru masihi semua orang sibuk - sibuk nak azam baru... tapi once masuk tahun baru Hijrah, jarang kita dengar orang sibuk - sibuk nak buat azam baru... saya tak kata semua orang macam tu.. mungkin ada yang berazam hanya secara berdiam - diam.. ye la tak kan nak havoc satu malaysia kan azam kita... tapi secara umumnya antara perkara - perkara yang paling sukar sekali untuk manusia ubah adalah melawan hawa nafsu.. ( merujuk kepada diri sendiri juga... insaf ).. hawa nafsu tidak hanya merujuk kepada sesuatu yang bersifat maksiat... tetapi nafsu mempunyai banyak cabang... antaranya nafsu makan, nafsu shopping, nafsu bercakap kosong dan banyak lagi.. tp nafsu shahwat yang paling sukar bg manusia utk melawannya...

tp kan sebenarnya klau iman kita teguh insyaAllah kita mampu utk mengawal hawa nafsu kita... jika kita terfukir kan tentang Allah, jika kita benar - benar takutkan Allah.. sesungguhnya kita mampu melawan nafsu itu... jadi sama lah kita membina azam baru tidak kisahlah macam mana sekalipun azam kita itu tapi apabila dah berazam kena la istiqamah dalam melakukan azam tersebut...!!! bergerak maju selaras ke arah perubahan diri supaya lebih teguh dalam meniti jalan mujahadah demi untuk mendapatkan keredhaan-Nya.... (^.^)

+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+

ok now kita bergerak pula kepada mutiara kata yang sahabat - sahabat serta teman - teman telah kirimkan kepada aku melalui sistem pesana ringkas... moga- moga dapat dijadikan pembakar semangat...!!!!

  • Selangkah ke alam perjuangan bererti selamanya dalam kepahitan. Biarlah menangis, terluka, kecewa kerana ditinggalkan demi Allah.. Daripa terkambus mati tanpa mujahadah. kita tidak sanggup selamanya terluka, tetapi ingatlah setiap titisan darah dari luka dan air mata, itulah mahar untuk kita melangkah ke syurga. Bila di tanya mengapa berjuang itu pahit? Jawabnya kerana syurga yang menanti itu manis. Moga diri sentiasa tabah dalam perjuangan di jalan Allah.

  • " Ya Allah, Tuhan yang mengubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik - baiknya keadaan dengan kekuasaan Engkau wahai Tuhan yang Berkuasa lagi maha Tinggi. Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Serta Engkau peliharalah kami dari azab api neraka-Mu".

  • May the Nur of Maal Hijrah illuminate ur heart, mind & soul, and may all ur doas be answered. Wishing you and your family all the rahmat, berkat and happiness on this special first day of the year.. =)

  • Keberkatan dan kemanisan perjuangan hanya untuk mereka yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan, mampu berkorban dalam tangisan serta merelakan imannya di uji dalam keperitan! Itulah seorang mujahidin..

+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+

ok hanya inilah pesanan yang aku perolehi dari rakan -rakan aku.. sebenarnya ada je lagi tapi tak larat pulak nak menaip memalam nie... ngeeeeeeeee.... :P... sama - sama la kita mengambil ikhtibar dari segala kejadian yang berlaku dahulu dan sekarang dalam bulan Muharam nie... =)

Man Jadda Wa Jadda - Sesiapa yang berusaha maka dia yang memperoleh hasilnya...!!!

So, aira syahirah fightin' fightin'!!

p/s dari cikgu aira : marilah kita ramai - ramai melakukan amar makruf nahi mungkar... marilah juga kita bersama - sama bermujahadah di jalan Allah... insyaAllah dengan niat yang ikhlas kerana Allah dan juga istiqamah yang kuat tidak mustahil kita mampu berubah menjadi seorang muslimin mujahidin yang berjaya bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat insyaAllah...!!!

sekian wassalam...!!

me stop writing with package of nagging also sharp at 01:50 hr.... =)

----------------------------- End oF mEmbeBeL ---------------------------

1 comments:

Unknown said...

selamat tahun baru...semoga tahun ini diberkati oleh Allah dan semoga Allah ampuni dosa kita semua tahun-tahun lepas

I luv blog