Anda semua pasti tertanya - tanya mengapa sy meletakkan tajuk posting sy sperti berikut.. Bca dahulu kisah yg di bawah kemudian anda akn fham kenapa sy letak tajuk nya begitu... ^_^
Kembali Ke Pangkal Jalan
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat ini dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?
"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!"
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya
dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya? "
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan
kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari
kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.
p/s:sekarang pasti anda sudah faham kenapa sy letak tajuknya begitu. sama2 lah kita menghayati kisah di atas untuk kesejahteraan kita bersama..!!~ kisah ini pada sy sgt menginsafkan.. ^_^ * Renung - renungkanlah *
+*+* Muhasabah Diriku *+*+
Friday, March 20, 2009
+*+* 5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat *+*+
Posted by ღ cikGu aiRa ღ at 1:44:00 AM 0 comments
Labels: { I LuRvE IsLam ^_^ }
Monday, March 16, 2009
+*+* KiSah LanGiT & BuMi *+*+
Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain."
Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."
Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."
Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, utama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."
Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."
Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."
Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"
Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."
Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam.
Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.
Marilah sama - sama kita renungkan kisah ini...... wassalam
Posted by ღ cikGu aiRa ღ at 9:38:00 PM 0 comments
Labels: { I LuRvE IsLam ^_^ }
+*+* Ma FowEveR FwenNzZz *+*+
Posted by ღ cikGu aiRa ღ at 8:06:00 AM 0 comments
Labels: [ Ma FreNnNzZ]
+*+* Ma LuvLy FaMiLia *+*+
".....keluarga pada aku adalah satu anugerah yang sangat tidak ternilai... tiada apa di dalam dunia ini yang mampu menggantikan mereka2 ini iaitu mereka2 yang bergelar familia aku... aku shayunkkk mereka2 nie banyak2.. sebanyak yang aku sendiri x dapat nk bayangkannya....sungguh aku memang sangat2 syg kepada mereka walapun kadang2 aku selalu menyakitkan hati mereka...^_^....."
Posted by ღ cikGu aiRa ღ at 3:32:00 AM 0 comments
Labels: [+* Ma FamiLia *+]
Sunday, March 15, 2009
Sunday, March 8, 2009
+*+* CinTa KePaDa ALLAH s.w.T *+*+
Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazalibahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan dihadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air dikebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itumelihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya makadia pun berkata,
"Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalahdari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semutJarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s,"Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untukseberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalahuntukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah,
maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku,berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanyakepada-Mu."
Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliaupun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isaa.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanyaberdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanyakepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "WahaiTuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pundapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."
Kemudian AllahS.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa,bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia,sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya.
"Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah,tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal,tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yangmenciptakannya, tetapi tidak berani merendahkandirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima & lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
Posted by ღ cikGu aiRa ღ at 7:18:00 AM 0 comments
Labels: { I LuRvE IsLam ^_^ }
+*+* SweeT LuRve SmS *+*+
“TeMaN IsTiMeWaMu BuKaN Yg SeLaLuDi DePaN MaTa,
Yg SeNtIaSa Di SiSi
TeTaPi…
DiA YgSetIa DiHaTi DaN…
DiIgAtI DlM SeTiApBisikan DoA… “
--------------------------------------------------------------------------------
Aku mungkin
bukan teman
“sempurna”
yg kau cari
bukan juga yg
“TERBAIK”
di antara semuanya..
tapi yg pasti
aku teman
yg akan selalukau rindui.."
---------------------------------------------------------------------------------------
LoLiPop bErKatA kpdCoKLaT
“kIta NisunGGuh MaNis kan?”
CoKLaT menJAwAb
“aWak INgaT kItA nieDaH cukuP mAnIsKe?”
“AwaK TengOk OrG yang BacA
SMS nie,
lgMaNis..”
“TeNGok tuDiE senYUm, MaNisnyErrrr… .”
---------------------------------------------
AnDAi HaRi EsOk SaYa TiaDa,
DaN GaGaL M’uCaPkn SLMT TINGGAL,
InGaT
BhW SaYa X pRnH LuPa Utk UcPkN
TERIMA KASIH!
KrN SaYa B’pluAnG M’geNaLi S’sEoRg..
SPRTI Awak..
--------------------------------------------
Ku petik bintang,,,,,
+ * + * .(c ‘? (”) + * .?”"%//
utk kau simpan
cahyanya terang
brikan kau perlindungan
juga sbg pengingat org yg TERSAYANG
----------------------------------------------
Posted by ღ cikGu aiRa ღ at 7:12:00 AM 0 comments






















