Ketika hidupku dalam gelita,
Kau hadir membawa cahaya,
Ketika aku didalam keliru,
Kau hadir meneguhkan hatiku,
Ketika hati ini mendambakan sayang,
Kau hadir membawa cinta,
Ketika aku tak perlu siapa-siapa dalam hidup,
Kau hadir menawar diri,
Tapi mengapa ketika aku benar-benar inginkan kau,
Kau pergi tanpa berita,
Kau hilang tanpa jejak,
Kejap benar kebahagiaan menyinggah dihatiku,
Sayang,
Mengapa hadirmu membawa seribu kemanisan,
Tetapi pergimu meninggalkan sejuta kepedihan,
Aku tertanya pada hati,
"apa salah aku?"
"apa kurang aku?"
Atau mungkin aku yang buta dalam menilai dirimu ketika itu,
Orang kata cinta itu buta,
Tapi pada aku,
Kita sendiri yang buta kerana cinta,
Orang juga selalu kata,
Sekali dah terluka, sukar untuk mencinta semula,
Tapi bagi aku,
Cintailah seperti hati ini tidak pernah dilukai,
Satu nukilan tentang luahan hatiku pada mu wahai cahaya ku...
Kalau sampai satu masa aku pergi dulu sebelum mu,
Dan jika ditakdirkan aku mampu mengukir sesuatu,
Akan aku ukir nama mu disetiap bintang yang ada,
Supaya semua orang tahu bahawa kau adalah cahayaku,
Cahaya yang menerangi aku disepanjang hayatku.
(Untuk semua insan yang sedang mencintai atau dicintai, hargailah pasangan anda.. jgn biar ia terlepas kerana sekali dia terlepas mungkin berpuluh kali anda terpaksa mencuba untuk menangkapnya kembali.. ^_^)
1959 Ford Fairlane Wiring Diagram
6 days ago
0 comments:
Post a Comment