BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

+*+* ღ Anda Adalah Sahabat Yang Ke - ღ *+*+

+*+* salam ukhwah fillah *+*+


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"......Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... Terciptanya blog ini hanya sekadar untuk berkongsi perkara yang telah lama tersirat dihati selain daripada untuk terus menambah ilmu pengetahuan tentang Islam. Selain itu, blog ini juga adalah tempat untuk saya melepaskan segala ketekanan setelah seharian menghadap buku - buku ilmiah. Di samping itu, blog ini juga adalah sebagai tempat untuk saya meluaskan lagi ilmu pengetahuan saya juga serta untuk saya memanjangkan silaturrahim ukhwah bersama - sama dengan ukhti - ukhti dan akhi - akhi semua. Kepada yang sudi melawatai blog saya yang tidak seberapa ini syukran jazilan saya ucapkan dan bagi mereka yang menjadi sahabat saya, syukran jiddan2 sy hulurkan dan semoga ukhwah persahabatan kita akan terus dirahmati oleh NYA. Ukhwah Fillah Abadan Abada. Jangan segan - segan untuk terus menegur saya andai kekhilafan ini jelas terzahir pada penglihatan ukhti atau akhi. Sama - samalah kita saling memperbaiki kesilapan dan kekurangan diri. Sabda Rasulullah S.A.W., "Sampaikanlah Kepada Saudaramu Walau Pun Hanya Satu Ayat"....."

+*+* ღ Renungan Buat Diriku ღ *+*+

+*+* Muhasabah Diriku *+*+

Thursday, April 30, 2009

+*+* Amal Yang Membuka Pintu Syurga *+*+

Tidak seperti biasanya, hari itu Ali bin Abi Thalib pulang lebih awal menjelang asar. Fatimah binti Rasulullah menyambut kedatangan suaminya yang sehari suntuk mencari rezeki dengan sukacita. Siapa tahu Ali membawa wang lebih banyak kerana keperluan di rumah makin besar. Sesudah melepas lelah, Ali berkata kepada Fatimah. "Maaf sayangku, kali ini aku tidak membawa wang sesenpun."

Fatimah menyahut sambil tersenyum, "Memang yang mengatur rezeki tidak duduk di pasar, bukan? Yang memiliki kuasa itu adalah Allah Ta'ala."

"Terima kasih," jawab Ali. Matanya memberat lantaran isterinya begitu tawakkal. Padahal keperluan dapur sudah habis sama sekali. Pun begitu Fatimah tidak menunjukan sikap kecewa atau sedih.

Ali lalu berangkat ke masjid untuk menjalankan solat berjamaah. Sepulang dari sembahyang, di jalan ia dihentikan oleh seorang tua. "Maaf anak muda, betulkah engkau Ali anaknya Abu Thalib?" Ali menjawab dengan hairan. "Ya betul. Ada apa, Tuan?".

Orang tua itu mencari ke dalam begnya sesuatu seraya berkata: "Dahulu ayahmu pernah kusuruh menyamak kulit. Aku belum sempat membayar upahnya, ayahmu sudah meninggal. Jadi, terimalah wang ini, sebab engkaulah ahli warisnya." Dengan gembira Ali mengambil haknya dari orang itu sebanyak 30 dinar.

Tentu saja Fatimah sangat gembira memperoleh rezeki yang tidak di sangka-sangka ketika Ali menceritakan kejadian itu. Dan ia menyuruh membelanjakannya semua agar tidak pusing-pusing lagi merisaukan keperluan sehari-hari.

Ali pun bergegas berangkat ke pasar. Sebelum masuk ke dalam pasar, ia melihat seorang fakir menadahkan tangan, "Siapakah yang mahu menghutangkan hartanya kerana Allah, bersedekahlah kepada saya, seorang musafir yang kehabisan bekal di perjalanan." Tanpa berfikir panjang, Ali memberikan seluruh wangnya kepada orang itu.

Pada waktu ia pulang dan Fatimah kehairanan melihat suaminya tidak membawa apa-apa, Ali menerangkan peristiwa yang baru saja dialaminya. Fatimah, masih dalam senyum, berkata, "Keputusan kanda adalah yang juga akan saya lakukan seandainya saya yang mengalaminya. Lebih baik kita menghutangkan harta kerana Allah daripada bersifat bakhil yang di murkai-Nya, dan yang menutup pintu syurga untuk kita."

Wednesday, April 29, 2009

+*+* aira says *+*+

Bismillahirrahmanirrahim wassolatuwassalamu'ala asyrofilamyaiwalmursalin wa'alaalihiajma'in..
assalamualaikum....

dh dkat 2 mngu gak yeh x update.. hehehehehe.. rndu ngan blog aku nie... mish u co much blog ku cyg..
hurm ape yg aku nk cerita kt sini yeh?? hurm.. aku x taw nk ckp mcm mna hbungan aku dgn dye... aku syg dye sgt2.. terlalu syg dye..tp thanks 2 slalh sorunk kkak aku iaitu kak murni.. dye telah byk menyedarkan aku.. klau kita syg kn seseorang x smestinya kita harus memiliki dye.. kadag2 kita trpaksa melepaskan dye.. dlu aku x taw mksud cnta 2 ap.. syg 2 ap.. suka 2 ap.. dn kasih 2 ape.. skarag aku dh mula blajar.. kita taw kita suka seseorang bila kita selalu nk dkat dgn dye.. nk slalu memrhati dye.. kita taw kita syg seseorang bila kita rasa kita nk memiliki dye.. kita nk dye sntiasa dpan mta kita.. kasih kita pd seseorang bila kita rsa rndu sgt kt dye wlaupn bru sehari x jmpa.. dn cinta tu plak adalah hasil drpd tga perasaan yg sebelum nie kita rsa pd dye... iaitu suka + sayang + kasih = CINTA..
insyaallah aku cuba untuk bljar hdup tnpa dye.. dn aku sntiasa mndoakan ksejahteraan dye.. aku sdar aku bkanlah yg trbaek tuk dirinya.. aku dh mlas nk pikir sal cinta ag.. aku nk tumpu study n aku nk mula hdup bru.. ak nk jga ibu dgn abh aku.. musnah suda sgala impian raudhah y aku bina brsamanya.. x kn mugkin ada lelaki lain y bisa mngambil tmpatnya dr hati aku.. berakhir suda kisah bahagia ezfa_ezfariz & lepat_strawberry.. jgn lg ada tangis untk aku.. sukar untk aku melupakan dirinya tapi ini yg terbaek tuk dri ku dn dirinya.. sunguh hati ini tidak prnah brhenti dr mnyayanginya setiap saat.. setiap degupan jantungku adalh miliknya dn dia adalah payung yg akn sntiasa memayungi aku sehingga ke akhir hayat ku..

"..aku memang tak berhati besar untuk memahami hati mu disana.. aku memang tak berlapang dada untuk menyedari kau bukan milikku.." kisah tak sempurna - samsons

"..aku cinta kan dia kerana agamanya dan ketaatannya kepada Allah... jika hilang agamanya dn juga hilang ketaatannya kepada Allah, maka hilanglah cinta ku padanya.."

Saturday, April 18, 2009

+*+* Dulu *+*+

Alhamdulillah nie puisi yang aku dpat dr rumate aku yg rumate aku nie pn ambik dr classmate dye yg classmate dye nie pn ambik dr laman web i luv Islam.. hahahahhahaa.. peningkan... ngeeeeee x pe la... korunk bca je la.. aku tertarik dgn bait2 kata dlam puisi bagai tersorok seribu makna yg sukar d fahami oleh sesetenagn dr kita.. sama2 la kita renungkan.. ^_^ aku memag x sebaik ini untuk melakukan apa yg d puisikan.. tetapi aku cuba belajar sedikit demi sedikit.. wassalam ^_~
+*+*+*+*+**+*++*+*+*+*+*+*+*+*+*++*+*
Dulu
aku pernah mengecapi kebahagiaan, bersama-samanya aku leka, menghabiskan masa yang sepatutnya terisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah. Walaupun di batasi benua, kami masih dapat mengekalkannya. Sehinggalah, pada suatu hari, di saat hati kami tidak lagi bersatu, bersangka baik dan tolenrasi tidak lagi menjadi pegangan. hati sakit. jiwa pedih.

Dan pada saat kekecewaan itu,
Kau hadir dalam hidup ku. mengetuk pintu hatiku. membawa seribu pengertian. tidak tergambar riangnya hati ini. Baru ku sedar, sudah lama Kau menabur benih kasih sayang terhadap ku. Cuma aku yang dalam ketidak sedaran. Sepanjang perhubungan ini, belum pernah Kau sakitkan hati aku, belum pernah Kau kecewakan aku. Berita-berita gembira yang Kau bawakan sentiasa menceriakan hidupku. Surat-surat cinta Kau layangkan menjadi peneman aku sehari-hari. Tidak pula ku jemu membacanya malah aku sentiasa dalam kerinduan untuk bertemuMu. Dan tidak pula Kau jemu menjagaku, di kala aku kesedihan, Kau kujadikan tempat meluahkan segala pengaduanku.



Di kala aku gembira,
ku tahu Kau bersama aku pada ketika itu. Kita berkongsi kegembiraan bersama. Kau hadiahkan aku teman-teman sejati, teman-teman yang ikhlas dalam perjuangan mereka. Aku hargai pemberian itu, agar aku turut sama berada di landasan mereka. Walaupun masih lagi batasi, namun Kau rapatkan jurang itu, sehingga terasa Kau disampingku. NamaMu menjadi siulanku seharian. Ku tahu Kau sering menguji kasih sayangku, Kau uji kesetiaan ku. Sehinggakan dalam tak sedar aku pula menyakiti hati Kau. Maafkan aku wahai kekasih hati. Tidak mampu ku tandingi kehebatan cinta Kau. Sungguh. Inilah manis kebahagian yang aku nantikan. Aku pasti Kau tidak akan pernah meninggalkan aku. Hanya Kau dan aku.
Kekasihku Allah...

*+*++*+*+*+*+*+*+*++*+*+**+*+*+*+*+*

+*+* Kau Tak Tahu Apa Yang Kau Minta*+*+

First skali bca mst korunk x fham ape mksud post aku kali nie.. so klau nk taw ape mksud nya tajuk aku yg unik nie, korunk bca la.. hehehehhe cerita teladan nie terjadi msa zaman nabi Isa a.s.. Insyaallah sama2 la kita renung2kan dan sama2 mengambil ikhtibar dr cerita teladan nie.. (^_^)
+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*++*+*+*+*+*+*+*+*+*+
Suatu hari, Isa as sedang berjalan di tengah gurun. Beberapa orang pencinta dunia mengikutinya. Mereka meminta Isa, "Katakanlah pada kami mantera apa yang kau pakai untuk menghidupkan orang mati."

Isa menjawab, "Jika kukatakan, kalian akan menyalahgunakan bacaan itu." Mereka bersumpah bahawa bacaan itu akan mereka gunakan untuk kebaikan dan kebajikan umat. Mereka tetap meminta Isa untuk memberitahukan bacaan itu.

"Kau tak tahu apa yang kau minta," ujar Isa. Tetapi mereka tak mendengarkannya. Akhirnya Isa memberitahukan bacaan rahsia itu. Tak lama sesudah itu, kelompok orang tersebut menemui tumpukan tulang belulang di tengah padang pasir. "Mari kita cuba, mantera ini berhasil atau tidak," ucap mereka.

Bacaan itu pun dilafazkan. Keajaiban segera terjadi. Tumpukan tulang itu diliputi kembali oleh darah dan daging, berubah menjadi binatang buas, dan mengoyak-koyakan tubuh orang-orang yang menghidupkannya.

*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*

+*+* Selepas Sekian Lama *+*+

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama aku x update x blog nie... huhuhuhu.. aku bz study la.. ag pn aku bru je balik dr kem btn beberapa hari yg lepas.. pas nie aku kna g kem ag.. Letih2 tp alhamdulilah sumer asaimen utuk sem dh siap d hantar.. hehehehhe..
Aku hepi sgt2.. hurm d sbalik sumer nie aku mula terpikir msa dpan.. mcm mna klau nnt aku x dpat meghabiskan pelajaran aku.. cm new nasib aku??
yg paling menakutkan aku cm new nasib in=bu dgn abah aku nnt?? jadi aku tekadkan semangat tuk belajar btul2..apa yg aku bt insyaallah seikhlas hati aku niatkan kerana lillahita'ala d samping aku niatkan kerana ibu dan abah aku.. x d nafikan keinginan hati untuk mencintai dan d cntai tetapi aku hrus fokus pd pelajaran.. namun aku akui aku sudah d miliki oleh seseorang.. jika dulu aku syg kn dye kerana dirinya tetapi kini aku sedar aku cinta kn dye kerana agamanya pd Allah dn kerana tanggungjwabnya pd agama.. tetapi jika dye hilang agamanya, atau lupa tanggungjwabnya, maka hilanglah cinta dn kasih aku pd drinya..
ape pn aku nk menikmati kehidupan senikmat- nikmatnye tetapi masih lagi dalam konteks Islam. heheheheh ^_^
K la smpai sini je dlu.. kadag2 2 bz sgt smpai x smpat nk bka blog ape lg np post anything kn.. jd msa cuti je ;a boleh aku peruntukkan tuk post2 yg sterusnya dlam nie.. ^_^ sekian wassalam.

+*+* Kisah Gadis Cantik Dan Sepotong Roti *+*+

Diriwayatkan bahawa pernah terjadi musim kemarau di kalangan Bani Israil. Masuklah seorang fakir di depan pintu seorang kaya seraya berkata, “Berilah sedekah kepadaku dengan sepotong roti untuk mencari redha Allah SWT.”

Puteri dari orang kaya itu keluar membawa roti yang masih hangat dan diberikannya kepada orang fakir itu. Lalu datanglah orang kaya yang celaka dan dipotongnya tangan puterinya. Lalu Allah SWT merubah keadaannya dan menghilangkan semua hartanya. Jadilah dia fakir dan meninggal dalam keadaan hina. Sedang puterinya berkeliling dari
pintu rumah ke pintu yang lain dengan meminta-minta. Dia seorang gadis yang cantik jelita.

Suatu hari gadis itu datang di depan pintu seorang lelaki kaya. Keluarlah ibu lelaki itu dan dia memandang puteri itu dan memperhatikan kecantikannya serta menyuruhnya masuk ke dalam rumahnya. Dia merasa tertarik dan ingin mengahwinkan dengan anaknya. Setelah dia mengahwinkannya, dia menghiasinya dan menghidangkan di hadapannya sebuah hidangan pada malam hari. Puteri itu mengeluarkan tangannya sebelah kiri untuk makan bersama suaminya.

Melihat itu suaminya berkata, “Sungguh aku memang sering mendengar bahawa orang fakir adalah kurang pendidikan. Keluarkanlah tangan kananmu.”

Puteri itu tetap mengeluarkan tangan kirinya dan berkali-kali suaminya melarangnya. Terdengar satu suara dari sudut pintu, “Keluarkan tanganmu sebelah kanan, hai perempuan hamba Allah. Benar-benar engkau telah memberikan roti itu kepada Allah. Tentu Allah akan memberikan tanganmu kepada dirimu.”

Maka dikeluarkannya tangan kanannya dalam keadaan utuh berkat kekuasaan Allah SWT dan makanlah dia bersama suaminya.

Friday, April 3, 2009

+*+* Khas BuaT Wanita Dan Gadis *+*+

nie adalah post yg kedua tuk ari nie..!! ngeeeee.. dh lama x pos x slah klau pos bebnyak.. untuk post yg nie pn sy ambik dari roomates yg sgt2 sweet dn kwan roomates yg sgt comel dr i luv Islam..!!
heheheheheh... sy tertarik bila bca nukilan begitu indah dn ikhlas hanya untuk wanita dn gadis Muslimah..!! ^_^

"....Gadisku, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk
Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang
kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bias menarik sang kumbang
untuk mendekatimu. Namun...tidak semua bunga senang didekati sang kumbang
lantaran duri yg memagari diri, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidu
keharumannya. Penahan warnanya yg terselah indah mengundang kekaguman
kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku, aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah.
Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yg bertunjangkan keimanan dan
keindahan takwa kepada Allah...hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk.
Ingatilah ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki
dan lelaki tidak melihat kepadannya. Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga
jika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah, umpama sebutir permata yg
didedahkan untuk perhatian umum dengan suatu permata yg diletakkan dalam
bekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat
sesuatu yg tersembunyi, melebihi sesuatu yg terdedah. Wanita solehah yg
patuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya
adalah harapan setiap insan yg bernama Adam. Namun segalanya memerlukan
pengorbanan dan mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu
serakah yg bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih lagi dgn title gadis yg
engkau miliki, sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada.
Namun ingatlah gadisku...sesiapa yg inginkan kebaikan, maka Allah akan
memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu. Yang penting gadisku engkau
miliki azam, usaha dan istiqamah..

Gadisku, akuilah dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki. Seandainya
pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada perisai yg
dapat membetengimu. Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu "tidak
ada suatu fitnah yang lebih besar, yg lebih bermaharajalela selepas wafatku
terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita." Oleh itu
gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan Al-Quran dan
As-Sunah. Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk
kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmu
setaraf kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan
mujahidah yg bakal menggocang dunia dgn sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku, dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi. Itulah fitrah
semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yg tewas kerana
cinta....bercinta tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah. Ini adalah
kerana, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah
tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian
besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasulullah membawa maksud,
"Sesungguhnya cinta itu buta." Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu
dalam membezakan perkara yg hak dan baril, jika engkau meletakkan cinta itu
atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana Allah swt. Sebelum engkau
mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah dirimu yg unik
itu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik. Asal kejadian dari
setittis air yg tidak berharga, lalu mengalami proses pembentukkan yg
sempurna hasil rencana ALLAH. Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan
rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan dgn itu akan timbul cinta
dan kasihmu terhadap penciptamu.

Gadisku, menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah
cinta yg hakiki dan abadi...."

"...Wassalam.. sweet sgt2 kn bca nukilan indah nie.. besh sgt2..!!! thanks again 2 ma roomates n kwan roomates n web i luv Islam...!! ^_^...."

+*+* Kisah Saya Dan Awak *+*+

assalamualaikum.... dh lama gak sy x post dlm blog nie..!! maaf la sbb bz ngan study.. alhamdulilah.. ari nie brksempatan gaks nk post satu story..!!
actualy story nie sy ambik kt roomates sy yg sgt2 sweet dn roomates sy yg sgt2 sweet nie plak ambik kt clasmate dye yg sgt2 comel dn clasmate dye yg sgt2 comel nie plak ambik dr web i luv Islam..!! so harap korunk nilai la stody nie mcm mna tp pd sy nie la antara kisah cinta yg paling sweet pnah sy bca..!!! terima kasih kepada ketiga2 medium prhubungan sy nie..!! :P mempersembahkan kisah sy dn awk..!!

"....Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun saya mengenali awak. Tak pernah saya terfikir peristiwa memalukan saya terjatuh ke dalam longkang membuat hati kita bertaut. Terima kasih kepada Allah kerana mentakdirkan saya terjatuh dan terima kasih juga kerana Allah menggerakkan awak untuk mentertawakan saya. Jika tidak, hubungan kita tidak mungkin sampai sejauh ini. Siapa pernah menyangka peristiwa sekecil itu mampu mengikat hati dua insan. Walaupun saya dan awak masing-masing berjauhan, teknologi benar-benar mengikat kita.

Saya sedar, hari demi hari saya semakin menyenangi kehadiran awak dalam hidup saya. Saya bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain. Awak tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang. Seingat saya sepanjang 3 tahun ini, tidak sampai 5 kali kita bersua muka. Itupun tatkala awak dan keluarga datang beraya ke rumah saya. Saya juga bersyukur ibu bapa kita saling meredhai persahabatan kita. Hari demi hari, kita semakin matang. Saya semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, saya fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar. Namun jujur jauh di sudut hati saya, saya sering merindui awak biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya. Pernah saya angankan awak menjadi pembimbing keluarga saya kelak. MasyaAllah, begitu jauh saya lalai. Kata-kata seorang teman suatu waktu dulu benar-benar mendorong saya berfikir panjang. “Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama”.

Astaghfirullah…saya beristighfar panjang. Dengan segala kekuatan yang ada, saya katakan kepada awak. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”. Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang saya lakukan. Saya sedar awak pasti kebingungan dengan kata-kata saya kerana antara kita sememangnya tiada yang istimewa. Saya juga sedar hakikatnya, awak juga punya perasaan terhadap saya biarpun awak mebisu seribu bahasa. Hubungan kita terputus begitu sahaja. Enam bulan berlalu dengan amat sukar bagi saya. Setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan segala yang terbaik untuk saya, semoga Allah permudahkan jika apa yang saya lakukan benar-benar keranaNya. Ingin saya katakan, betapa sukar melupakan awak. Dalam kesibukan saya melupakan awak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rombongan peminangan. Andai awak dapat melihat hati saya, pastinya awak tahu betapa terkejutnya saya. Ya, awak tunaikan permintaan saya. Awak datang lagi ke rumah saya, tapi kali ini dengan sebentuk cincin. Sekarang saya sudah sah menjadi permaisuri hidup awak. Sekarang saya bebas merindui awak tanpa rasa berdosa, saya bebas berbicara dengan awak tanpa rasa bersalah dan saya bebas menyayangi awak kerana awaklah pembimbing hidup saya. Terima kasih Allah ikatkan kita dengan tali perkahwinan biarpun pada usia muda remaja.

Terima kasih Allah menghadirkan awak sekali lagi dalam hidup saya...."

Renung2 kan lah,,!! sweet kn...!! sure pnya korunk tgah senyum2 skrag nie..!! :P

terima kasih kt roomates sy yg sweet, classmate roomates sy yg comel dn i luv Islam..!!!

I luv blog