BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

+*+* ღ Anda Adalah Sahabat Yang Ke - ღ *+*+

+*+* salam ukhwah fillah *+*+


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"......Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... Terciptanya blog ini hanya sekadar untuk berkongsi perkara yang telah lama tersirat dihati selain daripada untuk terus menambah ilmu pengetahuan tentang Islam. Selain itu, blog ini juga adalah tempat untuk saya melepaskan segala ketekanan setelah seharian menghadap buku - buku ilmiah. Di samping itu, blog ini juga adalah sebagai tempat untuk saya meluaskan lagi ilmu pengetahuan saya juga serta untuk saya memanjangkan silaturrahim ukhwah bersama - sama dengan ukhti - ukhti dan akhi - akhi semua. Kepada yang sudi melawatai blog saya yang tidak seberapa ini syukran jazilan saya ucapkan dan bagi mereka yang menjadi sahabat saya, syukran jiddan2 sy hulurkan dan semoga ukhwah persahabatan kita akan terus dirahmati oleh NYA. Ukhwah Fillah Abadan Abada. Jangan segan - segan untuk terus menegur saya andai kekhilafan ini jelas terzahir pada penglihatan ukhti atau akhi. Sama - samalah kita saling memperbaiki kesilapan dan kekurangan diri. Sabda Rasulullah S.A.W., "Sampaikanlah Kepada Saudaramu Walau Pun Hanya Satu Ayat"....."

+*+* ღ Renungan Buat Diriku ღ *+*+

+*+* Muhasabah Diriku *+*+

Monday, January 26, 2009

+*+* 8 Kebohongan Seorang Ibu *+*+

Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita percaya bahawa kebohongan akan membuat manusia terperuk dalam penderitaan yang mendalam, tetapi kisah ini justeru sebaliknya. Dengan adanya kebohongan ini, makna sesungguhnya dari kebohongan ini justeru dapat membuka mata kita dan terbebas dari penderitaan, ibarat sebuah energi yang mampu mendorong mekarnya sekuntum bunga yang paling indah di dunia.

KEBOHONGAN IBU YANG PERTAMA :
Cerita bermula ketika aku masih kecil, aku lahir sebagai seorang anak laki-laki di sebuah keluarga yang miskin. Bahkan untuk makan saja, seringkali kekurangan. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untukku. Sambil memindahkan nasi ke mangkukku, ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tidak lapar"

KEBOHONGAN IBU YANG KEDUA :
Ketika aku mulai dewasa, ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di kolam dekat rumah, ibu berharap dari ikan hasil pancingan, dia dapat memberikan sedikit makanan bergizi untuk pertumbuhan anak2nya. Sepulang memancing, ibu memasak sup ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu aku memakan sup ikan itu, ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang yang merupakan bekas sisa tulang ikan yang aku makan. Aku melihat ibu seperti itu, hati juga tersentuh, lalu menggunakan suduku dan memberikannya kepada ibuku. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya, dia berkata : "Makanlah nak, ibu tidak suka makan ikan".

KEBOHONGAN IBU YANG KETIGA :
Sekarang aku sudah masuk Sekolah Menengah, demi membiayai sekolah abang dan kakakku, ibu pergi ke koperasi untuk membawa sejumlah kotak mancis untuk ditempel, dan hasil tempelannya itu membuahkan sedikit wang untuk menutupi keperluan hidup. Di kala musim dingin tiba, aku bangun dari tempat tidurku, melihat ibu masih bertumpu pada lilin kecil dan dengan gigihnya meneruskan pekerjaannya menempel kotak mancis. Aku berkata : "Ibu, tidurlah, sudah malam, besok pagi ibu masih harus kerja." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu tidak penat"

KEBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT :
Ketika ujian tiba, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemaniku pergi ujian. Ketika hari sudah siang, terik matahari mulai menyinari, ibu yang tegar dan gigih menunggu aku di bawah terik matahari selama beberapa jam. Ketika bunyi loceng berbunyi, menandakan ujian sudah selesai. Ibu dengan segera menyambutku dan menuangkan teh yang sudah disiapkan dalam botol yang dingin untukku. Teh yang begitu kental tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang yang jauh lebih kental. Melihat ibu yang dibanjiri peluh, aku segera memberikan gelasku untuk ibu sambil menyuruhnya minum. Ibu berkata : "Minumlah nak, ibu tidak haus!".

KEBOHONGAN IBU YANG KELIMA :
Setelah kepergian ayah kerana sakit, ibu yang malang harus merangkap sebagai ayah dan ibu. Dengan berpegang pada pekerjaan dia yang dulu, dia harus membiayai keperluan hidup sendiri. Kehidupan keluarga kami pun semakin susah dan susah. Tiada hari tanpa penderitaan. Melihat kondisi keluarga yang semakin parah, ada seorang pakcik yang baik hati yang tinggal di dekat rumahku pun membantu ibuku baik masalah besar maupun masalah kecil. Tetangga yang ada di sebelah rumah melihat kehidupan kami yang begitu sengsara, seringkali menasihati ibuku untuk menikah lagi. Tetapi ibu yang memang keras kepala tidak mengindahkan nasihat mereka, ibu berkata : "ibu tidak perlu cinta".

KEBOHONGAN IBU YANG KEENAM :
Setelah aku, kakakku dan abangku semuanya sudah tamat dari sekolah dan bekerja, ibu yang sudah tua sudah waktunya pencen. Tetapi ibu tidak mahu, dia rela untuk pergi ke pasar setiap pagi untuk jualan sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakakku dan abangku yang bekerja di luar kota sering mengirimkan sedikit wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, tetapi ibu berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan mengirim balik wang tersebut. Ibu berkata : "Ibu ada duit"

KEBOHONGAN IBU YANG KETUJUH :
Setelah lulus dari ijazah, aku pun melanjutkan pelajaran untuk buat master dan kemudian memperolehi gelaran master di sebuah universiti ternama di Amerika berkat sebuah biasiswa di sebuah syarikat swasta. Akhirnya aku pun bekerja di syarikat itu. Dengan gaji yang lumayan tinggi, aku bermaksud membawa ibuku untuk menikmati hidup di Amerika. Tetapi ibu yang baik hati, bermaksud tidak mahu menyusahkan anaknya, ia berkata kepadaku : "Ibu tak biasa tinggal negara orang"

KEBOHONGAN IBU YANG KELAPAN :
Setelah memasuki usianya yang tua, ibu terkena penyakit kanser usus, harus dirawat di hospital, aku yang berada jauh di seberang samudera atlantik terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Aku melihat ibu yang terbaring lemah diranjangnya setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap aku dengan penuh kerinduan. Walaupun senyum yang tersebar di wajahnya terkesan agak kaku karena sakit yang ditahannya. Terlihat dengan jelas betapa penyakit itu menjamahi tubuh ibuku sehingga ibuku terlihat lemah dan kurus kering. Aku sambil menatap ibuku sambil berlinangan air mata. Hatiku perit, sakit sekali melihat ibuku dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu dengan tegarnya berkata : "Jangan menangis anakku, Ibu tidak kesakitan"Setelah mengucapkan kebohongannya yang kelapan, ibu tercintaku menutup matanya untuk yang terakhir kali.

Dari cerita di atas, saya percaya teman-teman sekalian pasti merasa tersentuh dan ingin sekali mengucapkan : "Terima kasih ibu..!".

Cuba dipikir-pikir teman, sudah berapa lamakah kita tidak menelefon ayah ibu kita? Sudah berapa lamakah kita tidak menghabiskan waktu kita untuk berbincang dengan ayah ibu kita? Di tengah-tengah aktiviti kita yang padat ini, kita selalu mempunyai beribu-ribu alasan untuk meninggalkan ayah ibu kita yang kesepian. Kita selalu lupa akan ayah dan ibu yang ada di rumah.

Jika dibandingkan dengan pasangan kita, kita pasti lebih peduli dengan pasangan kita. Buktinya, kita selalu risau akan khabar pasangan kita, risau apakah dia sudah makan atau belum, risau apakah dia bahagia bila di samping kita?

Namun, apakah kita semua pernah risaukan khabar dari orangtua kita? Risau apakah orangtua kita sudah makan atau belum? Risau apakah orangtua kita sudah bahagia atau belum? Apakah ini benar? Kalau ya, cuba kita renungkan kembali lagi...
Di waktu kita masih mempunyai kesempatan untuk membalas budi orangtua kita, lakukanlah yang terbaik. Jangan sampai ada kata "MENYESAL" di kemudian hari...

pesan si cupid : hargai ibu kita.. bukan sahaja ibu malah abah kita.. kerana mereka adalah anugerah yang sgat2 ternilai sehingga x de nilai yg mampu kita anggarkn untuk mereka... ibu dan abah... along syg sgat2 kt ibu dgn abh.. terima kash sbb ibu dn abah byak brkorban dlam mndidik dn mmbentuk along srta adk2 untuk mnjadi insan berjaya..^^(e-class dr aira(along), mu'iz(angah), aimin(adik), dn adam(baby) )

Monday, January 19, 2009

+*+* Sign Tuk Orang Yang Dah Fall In Love *+*+

You ada ramai kawan tapi dalam banyak-banyak tu you asyik ingat kat dia sorang jer..dia sihat ke tak..dia dah makan ke belum.. dia ingat kat you ke tak.

You jadi resah gelisah kalau tak dapat dengar suara dia, You jadi malap, kelabu asap, tapi bila dengar suara dia YOU automatik segar bugar, perut lapar terus kenyang..

Uiii.. You cemburu bila dia bercerita tentang kecantikan/kehenseman perempuan/lelaki yang dia jumpa.. Kekadang YOU rasa you kecik hati dengan dia pasal asyik cerita pasal orang lain yang lebih hebat dari YOU.

YOU dapat jumpa dia sekali jer dalam sebulan so bila dapat jumpa dia YOU rasa macam dunia ni YOU yang punya.

Balik rumah wajah dia asyik terbayang di mata YOU tapi YOU pun hairan kenapa YOU mesti ada perasaan macam tu terhadap dia..

Surat, kad raya, tiket bas, sampah atau apa saja pemberian darinya, YOU simpan sampai penuh almari rumah YOU. Kalau ada lipas gigit salah satu barang pemberian darinya pasti mampus lipas tu YOU gigit balik…uiii... ganehnye r... Wakakakak….cam betul jerk! heh….

Kadang kala YOU sengaja buat perangai nak bagi dia jeles kat YOU tapi dia sikit pun takder respon sebaliknya YOU sendiri yang makan hati..

Tapi YOU tak sedar kenapa You buat macam tu... Kenapa You nak bagi dia jeles kat you?

YOU percaya padanya. YOU sedia berkongsi apa saja cerita dengannya. YOU juga suka mendengar celotehnya walaupun kadang-kala ceritanya membosankan you tapi you tetap sudi melayan karenahnya.

Bila family YOU sebut pasal jodoh, YOU cakap belum ada calon tapi dalam kepala otak YOU dok terbayang-bayang YOU bersanding dengan dia...cis!!

Hmm…itu adalah secebis perasaan YOU kat dia namun apakah makna perasaan tersebut? Nak kata kawan biasa..Kenapa You treats dia bagus semacam jer? Alah mengaku sajalah yang You ni dah jatuh hati padanya..

AND, last but not least…

YOU tau tak mengikut survey, itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda awal orang yang dah JATUH CINTA. Perasaan tu sedikit sebanyak akan menyiksa diri You sendiri. YOU tau kenapa? Sebab You punya ego tu tinggi sangat…apa susah sangat ker You nak declare yang You ni betul-betul falling in love kat dia.ops...i' m sorry… perempuan memang la susah sikit takut perigi cari timba pulak kan..Tapi setiap orang ada cara tersendiri.. :)

pesan ci cupid : hargailah si dia selagi masih mampu.. harap2 :psycho" di atas sedikit sebanyak dapat membantu insan2 yang sedang dilamun cinta tp was2 nk dengan perasaan cinta sendiri.. @_@ ^_^

Saturday, January 10, 2009

+*+* Cahaya Ku *+*+

Ketika hidupku dalam gelita,
Kau hadir membawa cahaya,

Ketika aku didalam keliru,
Kau hadir meneguhkan hatiku,

Ketika hati ini mendambakan sayang,
Kau hadir membawa cinta,

Ketika aku tak perlu siapa-siapa dalam hidup,
Kau hadir menawar diri,

Tapi mengapa ketika aku benar-benar inginkan kau,
Kau pergi tanpa berita,
Kau hilang tanpa jejak,

Kejap benar kebahagiaan menyinggah dihatiku,

Sayang,

Mengapa hadirmu membawa seribu kemanisan,
Tetapi pergimu meninggalkan sejuta kepedihan,
Aku tertanya pada hati,

"apa salah aku?"
"apa kurang aku?"

Atau mungkin aku yang buta dalam menilai dirimu ketika itu,

Orang kata cinta itu buta,
Tapi pada aku,
Kita sendiri yang buta kerana cinta,

Orang juga selalu kata,
Sekali dah terluka, sukar untuk mencinta semula,
Tapi bagi aku,
Cintailah seperti hati ini tidak pernah dilukai,

Satu nukilan tentang luahan hatiku pada mu wahai cahaya ku...
Kalau sampai satu masa aku pergi dulu sebelum mu,
Dan jika ditakdirkan aku mampu mengukir sesuatu,
Akan aku ukir nama mu disetiap bintang yang ada,
Supaya semua orang tahu bahawa kau adalah cahayaku,
Cahaya yang menerangi aku disepanjang hayatku.

(Untuk semua insan yang sedang mencintai atau dicintai, hargailah pasangan anda.. jgn biar ia terlepas kerana sekali dia terlepas mungkin berpuluh kali anda terpaksa mencuba untuk menangkapnya kembali.. ^_^)

Saturday, January 3, 2009

+*+* Tanda - Tanda Si Dia Mencintai Kita *+*+

DIA TERLALU KUAT MENCINTAI KITA

SELALU INGIN BERHUBUNG DENGAN KITA

DIA MENGAMBIL BERAT PERIHAL DIRI KITA

DIA SANGGUP BERKORBAN DAN MELUANGKAN MASA WALAUPUN DALAM KEADAAN TERLALU SIBUK SANGAT

DIA CEMBURU BILA KITA BERSAMA ORANG LAIN

JIWANYA MERONTA-RONTA APABILA TAK DAPAT BERTEMU DENGAN KITA

HATINYA GEMBIRA APABILA DAPAT BERTEMU ATAU BERHUBUNG DENGAN KITA

DIA TIDAK MENYAKITI HATI KITA SEBALIKNYA MENYAYANGI KITA DAN MENJAGA HATI KITA SEBAIK MUNGKIN.

MEMBERI HADIAH DENGAN PENUH IKHLAS DAN KASIH SAYANG

MUDAH TERSINGGUNG DAN MERAJUK APABILA KITA TIDAK MENURUT KEMAHUANNYA

SUSAH UNTUK BERENGGANG DENGAN KITA KERANA CEPAT RINDU, JIKA TERPAKSA BERJAUHAN,KERAP DIA MENGHUBUNGI KITA SAMPAI SEHARI BEBERAPA KALI BERTANYA KHABAR DAN INGIN MENDENGAR SUARA KITA

TIDAK KISAH PERBEZAAN UMUR

SUKAR UNTUKNYA MEMARAHI KITA KECUALI KITA CURANG, BERBOHONG DAN KETERLALUAN

DIA TIDAK PEDULI APA ORANG KATA MENGENAI DIRINYA MENYINTAI KITA YANG PENTING ASALKAN JIWANYA BAHAGIA DENGAN KITA... JADI RENUNG2KANLAH... ADAKAH SIDIA SUDAH JATUH CINTA DENGAN KITA ATAU KITA YANG TELAH JATUH CINTA PADA DIRINYA...

pesan si cupid : tidak semua teori d atas betul seratus peratus tp insyaAllah kebanyakan teori d atas hampir sebahagian besar dr kita pernah merasainya.. jgan menafikan kerana semua ini hanya mereka2 yg pernah mengalami sahaja yg taw bagaimana rasanya.. @_@

Thursday, January 1, 2009

+*+* Doa Buat Si Kekasih Hati *+*+

Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi ...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini,
Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engkau redhai,
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat,
Dan peliharalah kami dari azab api neraka,

AMIN... AMIN... AMIN...
YaRabbal'aalamiin...

pesan si cupid : insyaAllah jika doa ini selalu kita amalkan, hati kita akan sentiasa dipelihara oleh Allah S.W.T. daripada kekecewaan yg maha dahsyat dan yg maha menyakitlan.. wallahu'alam... ^_6

I luv blog