BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

+*+* ღ Anda Adalah Sahabat Yang Ke - ღ *+*+

+*+* salam ukhwah fillah *+*+


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"......Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... Terciptanya blog ini hanya sekadar untuk berkongsi perkara yang telah lama tersirat dihati selain daripada untuk terus menambah ilmu pengetahuan tentang Islam. Selain itu, blog ini juga adalah tempat untuk saya melepaskan segala ketekanan setelah seharian menghadap buku - buku ilmiah. Di samping itu, blog ini juga adalah sebagai tempat untuk saya meluaskan lagi ilmu pengetahuan saya juga serta untuk saya memanjangkan silaturrahim ukhwah bersama - sama dengan ukhti - ukhti dan akhi - akhi semua. Kepada yang sudi melawatai blog saya yang tidak seberapa ini syukran jazilan saya ucapkan dan bagi mereka yang menjadi sahabat saya, syukran jiddan2 sy hulurkan dan semoga ukhwah persahabatan kita akan terus dirahmati oleh NYA. Ukhwah Fillah Abadan Abada. Jangan segan - segan untuk terus menegur saya andai kekhilafan ini jelas terzahir pada penglihatan ukhti atau akhi. Sama - samalah kita saling memperbaiki kesilapan dan kekurangan diri. Sabda Rasulullah S.A.W., "Sampaikanlah Kepada Saudaramu Walau Pun Hanya Satu Ayat"....."

+*+* ღ Renungan Buat Diriku ღ *+*+

+*+* Muhasabah Diriku *+*+

Saturday, August 29, 2009

+*+* ღ Kasih Sayang Rasulullah ღ *+*+

assalamualaikum.... posting ari nie saya ambik kt web iluvislam.. erm msa pertama kali baca, ya Allah, hampir jatuh air mata saya... Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot(tp nie kira dh nangis taw..).. ok sriusly memag sgt2 menginsafkan cerita ini.. walaupun saya dh selalu dgar crita2 nie, ntah tetiba tergerak hati nk post plak.. untuk perkongsian bersama dn renung2 knlah.. selama nie ku rasa seolah2 kesilapan yang dilakukan tidak la seteruk mana.. kononnya dosa kecik klau mnta ampun selesai la...Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot seronok la kononny2... tapi sebenarnya, jika kita melakukan kesalahan sebesar hama sekali even sebesar zarah tetap akan ada hukuman yang menanti kita..Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspothuhuhuhu.. tetiba saya berasa sngat takut.. memandangkan selama ini saya tak penah kisah pn jika perbuatan saya sehari - harian itu salah atau tidak... tetapi bila di kenangkan semula, Islam bukanlah agama yang kejam.. Allah tidak pernah kejam dengan hamba2 Nya...lagi pn Allah kan maha pemurah lagi maha penyayang.. tapi kalau kita perasan kita sendiri manusia tak pernah sayang kan diri kita... apa yang kita cari hanyalah keseronokan sementara..Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot jadi bermula pada hari ini kata kan "tak nak" kepada perbuatan salah... kita hanya mampu merancang... kita tidak boleh mengubah sesuatu yang telah, sedang dan akan terjadi.. tetapi insyaAllah dengan izinNya kita boleh mengelak dari melakukan kesilapan... ikuti dan renungilah kisah yang saya ambil dari web iluvislam ini... selamat membacaDapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot
Kasih Sayang Rasulullah
Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata bahawa umat Muhammad saw akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah " Umatku, Umatku, Umatku." Berikut adalah beberapa kisah berkenaan kasih dan sayang Rasullulah saw terhadap umatnya.
Suasana di Padang Masyhar
Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan.
Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu. Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.
Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun juga namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu. Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu.
Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw. Lalu mereka berjumpa
Nabi Muhammad saw dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,
"Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi & Rasul, berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab."
Jawab Nabi Muhammad saw,
"Aku akan tolong kamu semua."
Rasulullah saw pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian Baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH swt pun berfirman,
"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta. Aku akan kabulkan permintaanmu."
Rasulullah SAW menjawab,
"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina dan terseksa sekali."
Titian Sirat
Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu.
Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya
Rasullullah saw yang mengucapkan kalimah,
" Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku."
Tingkatan Neraka
Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad saw yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat.
Apabila Rasulullah saw mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah saw yang sombong, Baginda pengsan. Bila sudah sedar, Baginda bersabda,
"Wahai Jibrail, masih adakah antara umatku yang masuk neraka?
Jibrail menjawab,
"Ya, iaitu mereka yang melakukan dosa-dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba', hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."
Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.
Adakah kita sayangkan Rasulullah saw sepertimana sayangnya Rasulullah saw kepada kita?
p/s:kasihanilah diri kita... Rasulullah saw sangat2 menyayangi umatnya.. mengapa kita tidak mampu menyayangi baginda sebagaimana baginda menyayangi kita????? ( lu pikir la sendiri )

0 comments:

I luv blog