BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

+*+* ღ Anda Adalah Sahabat Yang Ke - ღ *+*+

+*+* salam ukhwah fillah *+*+


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"......Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... Terciptanya blog ini hanya sekadar untuk berkongsi perkara yang telah lama tersirat dihati selain daripada untuk terus menambah ilmu pengetahuan tentang Islam. Selain itu, blog ini juga adalah tempat untuk saya melepaskan segala ketekanan setelah seharian menghadap buku - buku ilmiah. Di samping itu, blog ini juga adalah sebagai tempat untuk saya meluaskan lagi ilmu pengetahuan saya juga serta untuk saya memanjangkan silaturrahim ukhwah bersama - sama dengan ukhti - ukhti dan akhi - akhi semua. Kepada yang sudi melawatai blog saya yang tidak seberapa ini syukran jazilan saya ucapkan dan bagi mereka yang menjadi sahabat saya, syukran jiddan2 sy hulurkan dan semoga ukhwah persahabatan kita akan terus dirahmati oleh NYA. Ukhwah Fillah Abadan Abada. Jangan segan - segan untuk terus menegur saya andai kekhilafan ini jelas terzahir pada penglihatan ukhti atau akhi. Sama - samalah kita saling memperbaiki kesilapan dan kekurangan diri. Sabda Rasulullah S.A.W., "Sampaikanlah Kepada Saudaramu Walau Pun Hanya Satu Ayat"....."

+*+* ღ Renungan Buat Diriku ღ *+*+

+*+* Muhasabah Diriku *+*+

Friday, May 29, 2009

+*+* Luahan Cinta Dari Hati Seorang Insan Bernama Lelaki *+*+

 Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa!

 Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul…sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila… takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!

 Saya suka sangat tengok body teman wanita saya… solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa ‘dating’ dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaauuh lebih cantik dan berseri mengadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala… syoknya!

 Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam itu juga. Si dia tanya, ‘Apa ubatnya abang?’. Saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa… semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.

 Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam; “makan, minum, jaga diri, pandu elok-elok…nanti awak sakit saya juga yang susah hati…bla bla bla bla…”. Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuuh… berdosanya saya!

 Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber’dating’ di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya…

 Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami… semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin…


"peringatan ini d hrap dpat menjadi panduan kepada semua pasangan yg sudah sah dalam ikatan perkahwinan mahupun yg dalam perjalanan menuju hari bahagia.. alangkah indah jika semua wanita mendapat seorang insan yg bergelar lelaki seperti lelaki yg d describe d ats.. tetapi kita hanya mampu meminta dn Allah yg menetukannya... setiap dari kita sudah pasangan hidup.. d loh mahfuz segalanya sudah terjwab cuma tertinggal pd kita sahaj sama ada sempat untuk menemuinya atau tidak... pd sy memag mnyakitkan klau berpisah d dunia tp paling membahagiakan jika perpisahan di dunia merupakan pertemuan sejati dn hakiki d akhirat kelak... :) wallahu'allam... "

0 comments:

I luv blog