BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

+*+* ღ Anda Adalah Sahabat Yang Ke - ღ *+*+

+*+* salam ukhwah fillah *+*+


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"......Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... Terciptanya blog ini hanya sekadar untuk berkongsi perkara yang telah lama tersirat dihati selain daripada untuk terus menambah ilmu pengetahuan tentang Islam. Selain itu, blog ini juga adalah tempat untuk saya melepaskan segala ketekanan setelah seharian menghadap buku - buku ilmiah. Di samping itu, blog ini juga adalah sebagai tempat untuk saya meluaskan lagi ilmu pengetahuan saya juga serta untuk saya memanjangkan silaturrahim ukhwah bersama - sama dengan ukhti - ukhti dan akhi - akhi semua. Kepada yang sudi melawatai blog saya yang tidak seberapa ini syukran jazilan saya ucapkan dan bagi mereka yang menjadi sahabat saya, syukran jiddan2 sy hulurkan dan semoga ukhwah persahabatan kita akan terus dirahmati oleh NYA. Ukhwah Fillah Abadan Abada. Jangan segan - segan untuk terus menegur saya andai kekhilafan ini jelas terzahir pada penglihatan ukhti atau akhi. Sama - samalah kita saling memperbaiki kesilapan dan kekurangan diri. Sabda Rasulullah S.A.W., "Sampaikanlah Kepada Saudaramu Walau Pun Hanya Satu Ayat"....."

+*+* ღ Renungan Buat Diriku ღ *+*+

+*+* Muhasabah Diriku *+*+

Monday, May 11, 2009

+*+* Kisah Abu Bakar r.a Dengan Makanan Tukang Tilik *+*+

Abu Bakar mempunyai seorang hamba yang menyerahkan sebahagian daripada pendapatan hariannya. Pada suatu hari hambanya itu telah membawa makanan lalu dimakannya sedikit oleh Abu Bakar.
Hamba itu berkata: "Kamu selalu bertanya tentang sumber makanan yang aku bawa tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian"

Kata Abu Bakar "Aku terlalu lapar sehingga aku lupa bertanya.Terangkan kepada ku dimana kamu mendapat makanan ini"

Hamba menjawab, "Sebelum aku memeluk Islam aku menjadi tukang tilik. Orang-orang yang aku tilik nasibnya kadang-kadang tidak dapat bayar wang kepada aku. Mereka berjanji akan membayarnya apabila sahaja memperoleh wang. Aku telah berjumpa dengan mereka hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini."

Mendengar kata-kata hambanya Abu Bakar memekik : "Ah!Nyaris-nyaris kau bunuh aku"

Kemudian dia cuba mengeluarkan makanan yang telah ditelannya. Ada orang yang mencadangkan supaya dia mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang ditelannya tadi. Cadangan ini diterima dan dilaksanakannya sehinggalah makanan itu dimuntah keluar.

Kata seorang pemerhati,"Semoga Allah memcucuri rahmat atas mu. Kamu telah bersusah payah kerana makanan yang sedikit"

Kepada kata-kata orang itu telah dijawab oleh Abu Bakar, " Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin kehilangan jiwa aku sendiri. Aku mendengar Nabi berkata : -Badan yang tumbuh subur dengan makanan haram akan merasai api neraka-. Oleh itulah maka aku memaksa makanan itu keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku."

Abu Bakar sangat teliti tentang haram halalnya makanan yang dimakannya.

Semoga menjadi ikhtibar kepada kita, JANGAN CARI SUMBER HARAM DAN JANGAN GUNAKANNYA PADA DIRI SENDIRI MAHUPUN KEPADA ORANG DI SEKELILING, KALAU ADA YANG MENOLAK JANGAN KECIL HATI TETAPI FIKIR.....KENAPA.............DI MANA SILAPNYA..............

Sumber : Kisah para sahabat oleh Sheikhul Hadis Mohammad Zakariyya r.a

0 comments:

I luv blog