BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

+*+* ღ Anda Adalah Sahabat Yang Ke - ღ *+*+

+*+* salam ukhwah fillah *+*+


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"......Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... Terciptanya blog ini hanya sekadar untuk berkongsi perkara yang telah lama tersirat dihati selain daripada untuk terus menambah ilmu pengetahuan tentang Islam. Selain itu, blog ini juga adalah tempat untuk saya melepaskan segala ketekanan setelah seharian menghadap buku - buku ilmiah. Di samping itu, blog ini juga adalah sebagai tempat untuk saya meluaskan lagi ilmu pengetahuan saya juga serta untuk saya memanjangkan silaturrahim ukhwah bersama - sama dengan ukhti - ukhti dan akhi - akhi semua. Kepada yang sudi melawatai blog saya yang tidak seberapa ini syukran jazilan saya ucapkan dan bagi mereka yang menjadi sahabat saya, syukran jiddan2 sy hulurkan dan semoga ukhwah persahabatan kita akan terus dirahmati oleh NYA. Ukhwah Fillah Abadan Abada. Jangan segan - segan untuk terus menegur saya andai kekhilafan ini jelas terzahir pada penglihatan ukhti atau akhi. Sama - samalah kita saling memperbaiki kesilapan dan kekurangan diri. Sabda Rasulullah S.A.W., "Sampaikanlah Kepada Saudaramu Walau Pun Hanya Satu Ayat"....."

+*+* ღ Renungan Buat Diriku ღ *+*+

+*+* Muhasabah Diriku *+*+

Friday, May 8, 2009

+*+* Batu Ynag Terlepas Dari Neraka *+*+

Pada zaman dulu, seorang nabi bertemu seketul batu kecil di tengah jalan. Beliau hairan dan tercengang melihat air mencurah-curah keluar dengan banyak melalui serkahan batu itu. Dengan izin Allah, batu itu boleh berkata-kata. "Semenjak aku dengar Firman Tuhan bahawa bahan bakar neraka ialah manusia dan batu, aku selalu menangis ketakutan!" Nabi itu bermohon supaya batu itu terlepas dari neraka.

Beberapa lama kemudian, nabi itu menjumpai batu itu sekali lagi dalam keadaan menangis seperti dulu. Beliau bertanya batu itu kenapa dia menangis lagi sedangkan dia terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka. "Dulu aku mengangis kerana ketakutan tetapi sekarang aku menangis kerana bersyukur dan gembira!!"


MORAL & IKTIBAR

 Batu adalah juga makhluk Allah yang mempunyai perasaan

 Batu menjadi bahan bakar api neraka selain manusia

 Makhluk jumud boleh berkata jika diizinkan Allah

 Orang yang kasyaf yakni mereka yang dibukakan oleh Allah pintu hijab dapat mendengar dan melihat perkara yang tersirat

 Hati manusia seperti batu yang keras - sukar menerima nasihat dan petunjuk kecuali mereka yang diizinkan

 Hati manusia bisa dilembutkan dengan cara tangisan seperti batu tadi. Menangis kerana takut akan azab Allah dan juga kerana rasa syukur dan gembira akan nikmat kurniaan Allah

 Batu yang tidak mempunyai akal pun takut dibakar dalam neraka, betapa dengan manusia yang diberikan akal

 Manusia yang berhati batu tidak akan mendapat kurniaan dan rahmat Allah

 Ada batu yang terkecuali dari menjadi bahan bakar neraka seperti batu giling Siti Aisyah yang tidak henti-henti menggiling demi untuk menolongnya mengisar tepung.

0 comments:

I luv blog