BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

+*+* ღ Anda Adalah Sahabat Yang Ke - ღ *+*+

+*+* salam ukhwah fillah *+*+


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"......Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... Terciptanya blog ini hanya sekadar untuk berkongsi perkara yang telah lama tersirat dihati selain daripada untuk terus menambah ilmu pengetahuan tentang Islam. Selain itu, blog ini juga adalah tempat untuk saya melepaskan segala ketekanan setelah seharian menghadap buku - buku ilmiah. Di samping itu, blog ini juga adalah sebagai tempat untuk saya meluaskan lagi ilmu pengetahuan saya juga serta untuk saya memanjangkan silaturrahim ukhwah bersama - sama dengan ukhti - ukhti dan akhi - akhi semua. Kepada yang sudi melawatai blog saya yang tidak seberapa ini syukran jazilan saya ucapkan dan bagi mereka yang menjadi sahabat saya, syukran jiddan2 sy hulurkan dan semoga ukhwah persahabatan kita akan terus dirahmati oleh NYA. Ukhwah Fillah Abadan Abada. Jangan segan - segan untuk terus menegur saya andai kekhilafan ini jelas terzahir pada penglihatan ukhti atau akhi. Sama - samalah kita saling memperbaiki kesilapan dan kekurangan diri. Sabda Rasulullah S.A.W., "Sampaikanlah Kepada Saudaramu Walau Pun Hanya Satu Ayat"....."

+*+* ღ Renungan Buat Diriku ღ *+*+

+*+* Muhasabah Diriku *+*+

Friday, March 20, 2009

+*+* 5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat *+*+

Anda semua pasti tertanya - tanya mengapa sy meletakkan tajuk posting sy sperti berikut.. Bca dahulu kisah yg di bawah kemudian anda akn fham kenapa sy letak tajuk nya begitu... ^_^

Kembali Ke Pangkal Jalan

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat ini dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?
"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!"

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya
dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya? "

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan
kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh."

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari
kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

p/s:sekarang pasti anda sudah faham kenapa sy letak tajuknya begitu. sama2 lah kita menghayati kisah di atas untuk kesejahteraan kita bersama..!!~ kisah ini pada sy sgt menginsafkan.. ^_^ * Renung - renungkanlah *

0 comments:

I luv blog