BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

+*+* ღ Anda Adalah Sahabat Yang Ke - ღ *+*+

+*+* salam ukhwah fillah *+*+


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"......Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... Terciptanya blog ini hanya sekadar untuk berkongsi perkara yang telah lama tersirat dihati selain daripada untuk terus menambah ilmu pengetahuan tentang Islam. Selain itu, blog ini juga adalah tempat untuk saya melepaskan segala ketekanan setelah seharian menghadap buku - buku ilmiah. Di samping itu, blog ini juga adalah sebagai tempat untuk saya meluaskan lagi ilmu pengetahuan saya juga serta untuk saya memanjangkan silaturrahim ukhwah bersama - sama dengan ukhti - ukhti dan akhi - akhi semua. Kepada yang sudi melawatai blog saya yang tidak seberapa ini syukran jazilan saya ucapkan dan bagi mereka yang menjadi sahabat saya, syukran jiddan2 sy hulurkan dan semoga ukhwah persahabatan kita akan terus dirahmati oleh NYA. Ukhwah Fillah Abadan Abada. Jangan segan - segan untuk terus menegur saya andai kekhilafan ini jelas terzahir pada penglihatan ukhti atau akhi. Sama - samalah kita saling memperbaiki kesilapan dan kekurangan diri. Sabda Rasulullah S.A.W., "Sampaikanlah Kepada Saudaramu Walau Pun Hanya Satu Ayat"....."

+*+* ღ Renungan Buat Diriku ღ *+*+

+*+* Muhasabah Diriku *+*+

Thursday, December 18, 2008

+*+* salam terakhir..kisah kasih ke-2 *+*+

Bulan OGOS menjelma lagi. Betapa aku mengharap bulan ke lapan dalam kalendar Masihi itu tidak hadir. Ia satu memori dalam lipatan sejarahku. Namun, sebagai insan biasa siapalah aku untuk mengawal segala-galanya. Bulan ini harus ku hadapi dengan tenang dan ceria. Itulah tekadku. Tekad yang ku tanam saban tahun sejak lima tahun lalu. Tekad yang tidak berjaya aku capai lima tahun lalu.“Sudahlah tu, Mal. Semua dah berlalu. Kau harus terima hakikat bahawa Tihah dah tak ada.”Masih terngiang-ngiang nasihat kawan serumahku yang tidak jemu2 menasihatiku saban tahun.Faizal, satu-satunya sahabat yang tahu mengapa sampai ke hari ini aku terus bersendirian. Dialah juga yang sering menyuruh aku mencari pengganti kepada gadis yang bernama FATIHAH ADRIANA itu.“ Sampai bila Mal ?! Tihah sendiri tak suka tengok kau macam ni! Kau ingat janji kau pada dia masa dia kat hospital tu?! Aku dan Aman jadi saksinya.”


“ Maaf Sayang! Mana mungkin Mal akan lupakan janji Mal kepadamu bersaksikan Faizal dan kembarku, Mohd Amal Amani! Tapi…… Ah, mana ada gadis yang seperti Fatihah. Gadis itu terlalu sempurna pada pandanganku sehinggakan hatiku tertutup untuk mana-mana wanita. Kejamkah aku!


Langkah ku atur menyusuri pantai yang menjadi saksi bermulanya perkenalan pertama kami. Mengingatkan itu semua aku tersenyum sendiri. Mana mungkin aku boleh melupakan kisah lucu itu.“Cik, yang ni berapa?” Tanyaku sambil membelek-belek key chain yang diperbuat daripada kulit siput itu.Fatihah memandangku. Pertama kali pandangan kami bertaut. Lama. Matanya!!! Tak dapat ku bayangkan betapa cantiknya. Kami malu tiba-tiba apabila Aman menyindir.“Kak, everything okey? My big brother?! Are you okey too? Atau abang nak tukar key chain tu ngan akak ni ?”Aku memandang Aman yang tersenyum. Tanpa sedar aku menggaru keningku yang tidak gatal. Malu dengan apa yang terjadi. Aku memandang Fatihah yang turut tersenyum malu dengan sindiran Aman.“Berapa?” Tanyaku sekali lagi.“Satulah abang Mal! Dah tak pandai mengira ke?”

Aku menjengkilkan mata memandang Aman. Serentak itu lengannya kucubit. Aman mengadu kesakitan – dibuat-buat! Kedengaran tawa kecil daripada Fatihah. Ketawanya!!! Ketawanya membuatkan aku bagai di dunia lain.“Em, macam ni lah kak, apa kata kita makan sama malam ni?” Tersentak aku mendengar kata-kata Aman. Dia yang terlebih dahulu mengatur langkah!“Tapi…”“Alah kak, okeylah tu. Kesian saya tengok abang saya ni. First time dia angau cam ni”Aman!!! Aku menjerit di dalam hati. Tapi aku harus mengucapkan jutaan terima kasih kepada kembarku itu! Kerana dia, aku dan Fatihah mula menjalinkan tali persahabatan. Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Jalinan persahabatan yang kami bina semakin utuh.Bulan April, pada tarikh enam belas hari bulan. Lokasinya di tepi pantai ini. Aku melafazkan kata cinta di hadapan Fatihah Adriana, gadis pertama yang berjaya menambat hatiku. Dia agak terkejut dengan pengakuanku. Namun, tanpa ku sangka Fatihah mengalirkan airmata dalam senyuman.

Dia mengangguk – tanda setuju menerima cintaku.Sebagai seorang manusia biasa aku takut andai berlaku perkara terlarang dalam hubunganku dengan Fatihah. Walaupun waktu itu aku masih belajar di tahun akhir dalam bidang undang-undang yang bakal melayakkan aku menjadi seorang peguam. Kami pun mengikat tali pertunangan. Pada mulanya aku akan bertunang segaligus dengan Aman namun kembarku itu terpaksa menangguhkan pertunangannya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Dan sebagai seorang manusia biasa siapalah aku untuk mengubah segala ketentuan Illahi terutamanya soal nyawa.Langsung aku tidak menyangka Fatihah akan pergi jauh daripada aku buat selama-lamanya.Dia terlantar di hospital hampir seminggu namun tiada siapa yang memberitahuku. Patutlah tika petang Khamis ketika dia menghubungiku memberitahu bahawa dia akan pulang ke kampung neneknya dengan alasan ada hal mustahak. Kedengaran suaranya begitu payah untuk dikeluarkan.Bila aku menyatakan bahawa aku ingin mengikutnya dia melarang.

Alasannya dia tidak mahu mengganggu pengajianku.Aman. Cuma kepada Aman diberitahu tentang apa yang berlaku. Patutlah Aman jarang berada di rumah. Ada saja alasannya untuk keluar. Nak pujuk Zahlialah! Nak pergi tengok wayanglah! Aku mempercayainya kerana waktu itu dia memang menghadapi masalah dengan Zahlia.Petang itu, dua minggu sebelum tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia aku menerima satu panggilan daripada Aman. Ketika itu aku sibuk dengan urusan untuk hari kemerdekaan. Cemas suara Aman.
“Abang, datang hospital sekarang. URGENT!”“Kenapa ni?”“Abang jangan banyak tanya. Datang sekarang!”“Hospital mana?”“Tawakal…”Belum sempat aku bertanya dengan lebih lanjut talian terputus. Aku mencari Faizal, mengajak dia menemaniku.“Naik kereta kau.”
Faizal menggangguk. Kereta kancil milik Faizal meluncur agak laju ke Hospital Tawakal. Entah kenapa aku menukar siaran radio yang dipasang Faizal. Berkumandang sebuah lagu ‘keramat’ Allahyarham Sudirman “Salam Terkahir.” Sayu kedengaran. Hampir menitis air mataku saat itu entah untuk apa aku sendiri tidak pasti.“Lagu ini ditujukan kepada seseorang yang paling saya cintai dan sayangi,” Ucap seorang gadis dalam nada sedih.

Betapa aku tidak menyangka itulah suara Fatihah. Aku hanya membisu – mendengar kata-kata seterusnya daripada gadis yang langsung tak ku fikir bahawa itu adalah Fatihah.“Kenapa Ana pilih lagu ini?” Tanya DJ radio itu.“Sebab saya takut saya tak…” Suara gadis itu terhenti.“Ana?” Panggil DJ itu.“Ya, saya. Saya… Saya takut saya tak dapat jumpa dia lagi.”
Suasana sunyi. DJ radio itu terdiam. Dia seolah-olah dapat merasakan apa yang dirasakan oleh gadis yang menghubungi stesen radionya.“Em… Cik Ana, saya harap Cik Ana bersabar,” Ujar DJ itu perlahan.“Ya, saya cuba bersabar. Boleh saya kata sesuatu?”“Ya, silakan.”“Saya nak ucapkan kepada dia yang saya amat menyintai dan menyayanginya. Terima kasih kerana membenarkan saya menyintai dia. Saya tak dapat menemaninya sehingga ke akhir hayatnya. Saya tak berdaya. Maafkan saya,” Ujar gadis itu dalam tangisan yang cuba ditahan.Sepi lagi. Kedua-duanya membisu. Aku tergamam. Mataku berkaca saat itu. Aku dengar Faizal mengeluh. Aku tahu dia juga agak tersentuh.

“Saya harap dia mendengarnya,” Ujarnya setelah agak lama membisu.“Ya, saya pasti dia mendengarnya.”“Terima kasih. Assalamualaikum.”“Waalaikumsalam. Saya harap Ana bersabar.”Muzik tanpa lagu berkumandang. Sedih. Pilu. Agak lama muzik itu berkumandang. Mungkin setelah keluar daripada mood sedih barulah DJ radio itu bersuara.“Kami di sini akan mendoakan kesejahteraan buat semua rakyat Malaysia. Buat saudari Ana bersabarlah.”Kereta kancil berwarna hijau lumut itu membelok memasuki kawasan Hospital Tawakal.Aman sudah menunggu di hadapan bangunan hospital.“Siapa yang masuk hospital Man?” Tanyaku.
Aman tidak menjawab. Lantas langkah di atur. Aku dan Faizal hanya membuntuinya.Wad ICU!“Abang, Man harap abang bersabar.”
Lambat- lambat Aman mengatur bicara. Aku merenungnya. Dia memandang ke dalam sebuah bilik. Aku turut memandangnya. Seorang gadis pucat sedang terlantar di atas katil dan gadis itu adalah FATIHAH! Aku berlari masuk.“Sayang!” Panggilku tanpa menghiraukan kehadiran kaum keluarganya. Fatihah senyum pahit. Betapa aku tidak sanggup menatap wajahnya ketika itu! Dia bukan lagi gadisku yang dulu. Wajahnya pucat lesi. Badannya kurus. Aku menangis tiba-tiba tatkala melihat segala macam wayar yang melekat di anggota tubuhnya. Air mataku di kesatnya perlahan. Dia menggeleng.“Jangan menangis. Jangan biarkan Tihah pergi dengan air mata Mal.

Tolong ya.”“Tihah, kenapa baru sekarang Mal diberitahu?”
Fatihah menggengam jari jemariku. Dia cuba bangun untuk menyandarkan tubuhnya di kepala katil.“Tolong Tihah, Mal.” Air mata ku terlalu murah saat itu. Aku menolongnya.
“Mal, mak cik dan pak cik keluar dulu. Mal berbual-buallah.”
Aku hanya menggangguk. Pandanganku kembali ke arah gadis yang menjadi pujaanku saban hari. “Tihah ingat Mal tak sempat datang. Tihah suruh Man call radio. Mal dengar tak ?”“Erm, yang mana?”“Stesen radio kesayangan Mal. Tihah minta lagu Sudirman.”
Segera aku teringat peristiwa tadi. Ana?! Tihah?! “Tihah takut sangat Mal terlewat. Tihah takut call Mal sebab tu Tihah suruh Man call stesen radio tu.”

“ Ana.”
Fatihah tersenyum. Senyuman itu terasa terlalu sukar diukirkan. Tak seindah selalu.Betapa terseksanya kau menanggung derita Puteriku!“Itu kan nama Tihah juga. Ingat Encik Mohd Amal Aiman. Nama saya Fatihah Adriana,” Ujarnya berseloroh.
Aku memaksa diri untuk tersenyum. Aku tahu dia cuba gembira di saat begini. Cuba mententeramkan dirinya sendiri.“Mal, bila Tihah tak…”
Belum sempat Fatihah, meneruskan kata-katanya aku menggeleng, berharap Fatihah tidak bercakap tentang itu.“Tihah akan terus bersama Mal. Kita akan kahwin dan dapat anak. Ingat, janji Tihah pada Mal!”“Tihah ingat, Mal. Cuma Tihah minta maaf Tihah tak berdaya lagi.”“Tihah……”“Please Mal. Bagi Tihah bercakap.”

Aku menggangguk. Wajah pucat itu ku perhati. Matanya. Masih cantik cuma di mata itu jelas terbayang penyeksaan yang dihadapinya. Hatiku bagai disiat pilu. Ya ALLAH, jauhkanlah perpisahan ini!“Tihah tahu Tihah tidak seharusnya sembunyikan semua ini daripada Mal. Tapi Tihah tak mahu Mal menderita.” Fatihah memberhentikan kata-katanya… Matanya dipejam rapat. Sakitkah dia? Aku mengengam jari jemarinya kejap. Cuba memberi kekuatan.
“Terima kasih Mal. Tihah minta maaf kerana tak beritahu Mal awal-awal lagi.”“Tihah sakit apa ?” Gadis yang menjadi pujaan hatiku mengeluh. Dia tunduk.

“Kanser perut.”
Tenang sekali dia menyatakannya. Sedangkan aku?!
“Sejak bila?”“Tahun lepas. Seminggu sebelum kita makan malam bersama Aman dan Zahlia.
Oh Tuhan! Kenapa aku terlalu bodoh untuk tidak mengerti kemurungannya malam itu. Dia tidak ingin keluar pada hari itu! Letih katanya!!!
“Kenapa Tihah tak beritahu Mal? Kan masa tu masih awal boleh diubati lagi.”“Apa yang Tihah takut?!” Tanyaku sedikit kasar.
Fatihah membisu. Terdengar esakannya. Menangiskah dia?“Maaf ya sayang. Mal tak terniat pun nak marah.”“Tak, Mal tak salah. Tihah tak beritahu Mal sebab Tihah tahu Mal mesti paksa Tihah buat operation. Tihah takut. Tihah takut pembedahan tu tak berjaya. Tihah takut Tihah tak sempat mendengar ucapan cinta daripada Mal. Tihah tunggu Mal. Tihah tunggu Mal ucapkan Mal cintakan Tihah.” Ujar Tihah dalam sendu.“Tihah…”“Man beritahu Tihah perasaan Mal kepada Tihah tapi Tihah nak dengar daripada Mal sendiri. Enam bulan Tihah tunggu. Tihah hampir putus asa. Tapi akhirnya Tihah gembira bila Mal ucapkan juga akhirnya.”“Kenapa Tihah tak nak buat pembedahan lepas itu?”“Tihah takut tak dapat bersama Mal.”
Tihah! Tihah! Kau sedang membunuh dirimu sendiri. Sayang…Kenapa cara ini yang kau pilih?! Kenapa sayang?!“Mal…” Lirih suara itu memanggilku.“Ada apa sayang?”“Ti…… Tihah nak cakap dengan Aman… Mal datang dengan Faizal kan?”
Aku menggangguk. Memang Fatihah mengenali Faizal sahabatku sejak kecil. Faizal sudah dianggap abangnya sendiri.
“Panggil… Fai… Faizal sekali.”

Oh Tuhan, sudah tibakah masanya?! Tidak! Tidak! Dia tak akan tinggalkan aku sekarang! Bukan sekarang!“Mal……”“Okey, sayang. Mal panggilkan Aman dan Faizal.”
Aku melangkah keluar memanggil Aman dan Faizal. Fatihah hanya tersenyum menyambut kehadiran dua jejaka itu.“Duduklah.”“Terima kasih.”“Man tolong ya jaga abang Mal baik-baik.”
Tersentak aku mendengar permintaan Fatihah. Air mataku mengalir saat itu.
“Akak tak perlu risau. Man akan jaga dia baik-baik.”
Mata Fatihah memandangku. Segera air mata yang mengalir ku sapu dengan tangan. Jari jemarinya ku gengam kejap.“Mal dah janji tak kan menangis.”“Maaf okey.”“Man, Zal… Tolong jadi saksi ya… Tihah tak boleh tunggu lama lagi. Penyakit ni terlalu menyeksakan. Kalau… Tihah… Tihah tak ada nanti tolong… Tolong buatkan Mal lupakan Tihah.”
Sekian kalinya aku tersentak. Tihah!!! Tidak!!! Tidak Sayang! Mana mungkin aku akan melupakan dirimu. Tidak sesekali. “Tihah… Apa yang Tihah cakap ni!!!”
Air mata Fatihah mengalir. Tolong jangan menangis sayang. “Zal, Tihah… Tihah nak Mal kahwin dengan gadis lain. Lupakan janji-janji dia pada Tihah.”“Tak sayang! Tak mungkin! Cuma Tihah……

“Please Mal. Lupakan janji kita. Berilah peluang kepada gadis lain.”“Mal cuma sayangkan Tihah. Tiada yang lain.“Kalau sa…… Sayangkan Tihah…… Mal me… Mesti kahwin dengan gadis lain. Tihah tentu gembira nanti.”“Tapi…”“Janji ya Mal. Mal kahwin. Dapat anak.”
Aku menggeleng dalam tangisan. Aman bangun daripada kerusinya. Dia menuju ke tingkap. Aku lihat dia mengusap mukanya. Cermin mata ditanggalkan. Sapu tangan di dalam poket bajunya dicapainya. Mengelap air matanya.“Man…” Panggil Fatihah perlahan.
Aman menghampiri kembali kerusinya. “Man juga tolong jangan menangis. Tihah rasa macam abang Mal yang menangis. Aman memaksa dirinya untuk tersenyum. Faizal tunduk.
“Mal, janji ya… Tolong janji. Tihah tak akan tenteram kalau Mal tak janji. Mal janji ngan Tihah yang Mal akan cari yang lain…” Ujarnya dalam suara yang tersekat-sekat.
Akhirnya aku terpaksa berjanji. Air mataku bagai tidak dapat ditahan lagi. Mengalir deras.“Tolong pang… Panggilkan keluarga Tihah.”
Aku bangun dan terus memanggil keluarga Fatihah yang berada di luar wad.
“Mak… Ayah… Tihah dah nak pergi ni. Maafkan Tihah ya mak… Ayah.”
Oh Tuhan! Aku benar- benar terseksa saat ini. Wajah bakal ibu dan ayah mertuaku kelihatan terlalu sedih. Bagaimanalah mereka menghadapi semua ini!
“Mak dah maafkan Along. Along maafkan mak ya.”“Mak… Mak tak… Tak perlu minta… Minta maaf. Along sebagai anak… Yang perlu minta maaf.”
Ibu Fatihah menangis sambil mengucup perlahan dahi anak sulungnya. Suasana diselubungi kesedihan. “Angah… Atie!” Kedua-dua adik Fatihah menghampirinya. Adik mana tak sedih apabila melihat kakaknya yang hampir sahaja pergi ke alam lain.

“Akak jangan tinggalkan angah, kak.”
Fatihah senyum pahit. Dia menggeleng.
“Adik-adik akak belajar rajin-rajin ya.”
Tihah!“Mal…”“Ya sayang.”“Janji ya…”
Aku menggangguk dalam tangisan.
“Tihah dah tak tahan. Tihah rasa sakit sangat.”“Tihah mengucap. Bawa mengucap.”
Perlahan-lahan Fatihah mengucap. Terlalu sayu dan syahdu. Seketika kemudian matanya tertutup rapat. Nafasnya terhenti. Denyut nadinya tiada.


“Tihaahhhh!!!!!”
Aku menjerit tiba-tiba. Nama gadis itu! Mataku berkaca. Kenangan itu terlalu menyeksakan. Beberapa orang pengunjung pantai terkejut melihatku. Aku membiarkannya! Biarlah mereka!
Di satu sudut aku lihat seorang gadis sedang menjaja cenderahati. Tihah! Di situ jugalah ku melihat dirimu. Bulan OGOS tahun ini sekali lagi aku tidak berjaya dengan tekadku. Maafkan Mal, sayang ku! Sehingga kini tiada gadis yang berjaya bertahta di hati ini hanya dirimu sayangku Fatihah Adriana.TAMAT

pesan si cupid : walau aku sudah tiada di dunia namun cintaku padamu tak kan pernah mati sayang dn jika kau pergi dulu dari ku mungkin aku tidak akan pernah dapat mencari pengganti dirimu...

0 comments:

I luv blog